KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, April 22, 2009

UJIAN KEAHLIAN PENGAKAP MUDA REMAJA SMK SEMERAH


Ahli pasukan membantu Pn.Suhaidah Sulaiman, pemimpin Pengakap Muda Remaja SMK Semarah dan juga ahli Pasukan untuk menjalankan Ujian Lencana Keahlian bagi Pengakap Muda & Remaja SMK Semerah untuk tahun 2009 pada 4 April 2009 yang lepas. Aktiviti sehari ini disertai lebih kurang 60 peserta dan 10 ahli PKC sebagai pembantu penguji dan jurulatih.

PRA RAJA ZON SEMERAH 2009







En.Hanafi Omar sebagai jurulatih utama dengan dibantu oleh ahli pasukan yang lain menjalankan perkhemahan pra Raja zon semerah untuk bakal-bakal Pengakap Raja Zon semerah pada 7-9 Mac 2009 yang lepas. 4 orang bakal Pengakap Raja telah menjalani perkhemahan ujian pra Raja pada kali ini.Tuan Pesuruhjaya Daerah telah hadir memberikan tips-tips untuk ujian sebenar nanti dan memberikan semangat bagi bakal-bakal Pengakap Raja Zon Semerah tahun ini.

KURSUS KEPIMPINAN KETUA ENAM SEKAWAN ZON SEMERAH







Kursus yang diadakan di SK Seri Pengkalan pada 7 Mac 2009 lepas, pasukan membantu urusetia kursus dalam penyediaan makanan peserta seramai 90 orang. Tahniah kepada semua yan menjayakannnya.. Ahli pasukan juga membantu dan menjadi jurulatih dalam mengendalikan pengkalan dalam sesi kursus ini.

LATIHAN PENGAKAP RAJA


Ahli Pasukan iaitu En.Hanafi, En.Abd.Hadi, En.Faizzi, En.Fathurahman, En.Hanafi J telah bersama-sama membantu Pesuruhjaya Zon Semerah - En.Abu Khan Misran dalam menjalankan Pengembaraan Lencana Ekspedisi Pengakap Remaja serta latihan pada 8 Februari 2009. Seramai 4 orang bakal Pengakap Raja telah menjalani latihan untuk kali ini..

Tuesday, April 21, 2009

SRC 2009






Semerah Rover Camp (SRC) 2009 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24-26 Januari 2009 yang lepas di Kem Pejabat Pertanian Sungai Sudah, Muar, Johor..Seramai 60 peserta dari kalangan ahli kelana lama, baru, dan bakal kelana telah menyertainya..Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat iaitu Tuan Asik bin Saim. Aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti air, projek perintis, pertolongan cemas, pengembaraan ke kolam air panas Sungai Gersik dan latihan dalam kumpulan mengenai asas pengakap kelana..Perkhemahan ini bertujuan memberi pendedehan mengenai aktiviti pengakap kelana di samping beramah mesra di antara ahli lama dan baru..Tahun hadapan akan dijalankan lagi sempena Tahun Baru Cina seperti mana tahun-tahun yang lepas.Sedialah...

MALAM RAMAH MESRA 2


Majlis diadakan di kediaman En.Azli Ahmad, pemimpin penasihat Pasukan di Kg.Separap pada 27 Disember 2009.Beliau menyampaikan amanat2 yang berguna untuk pasukan bagi kemajuan pasukan pada masa akan datang dalam majlis ini.

Monday, April 13, 2009

TEAM GEAR - jam / watch







Ini di antara projek terawal En.Hanafi..hubungi dia kalau anda berminat..Jam boleh dipilih dan harga berbeza mengikut spec jam tersebut.jam tangan boleh, jam dinding pun boleh..ada duit, semua jadi..hehehe..

TEAM GEAR - Corporate Shirt


Ni projek terbaru..Untuk tempahan boleh contact En.Hanafi Omar..Untuk Ahli sahaja..Logo Pasukan disulam di atas kocek kiri di hadapan, Nama di atas kocek kanan hadapan, nama pasukan di atas belakang baju..Warna maroon..RM70.00 setiap unit.

TEAM GEAR - Skaf


Projek kelengkapan semasa Kursus Pendedahan Asas aktiviti di Air lepas. Skaf berwarna maroon bersulamkan logo pasukan. Untuk memperolehinya, hubungi En.Hanafi Omar - 012 7154692.. bukan ahli boleh membelinya tapi warna lain laa.. harga RM8.00 bagi ahli, bukan ahli RM10.00

TEAM GEAR - Cap




Projek seterusnya ialah cap pasukan. Berwarna biru tua dan bersulam logo pasukan berwarna putih. Harga RM15.00. Hubungi Ketua Pasukan - En.Mohd.Khairul Azian Mahbob - 0127393341

TEAM GEAR - T-shirt Aktiviti




Pasukan menawarkan beberapa kelengkapan buat ahli pasukan. Baju T aktiviti berwarna biru dengan logo pasukan di belakang, lencana pengakap laut di kocek hadapan dan tag nama bersulam.harga buat masa ni RM25 bagi ahli. lelaki wajib ada baju lengan pendek.wanita lengan panjang.Lain-lain, optional..Bukan ahli boleh beli juga tapi RM30 dan bukan warna biru..untuk tempahan, sila hubungi En.Hanafi Omar -012-7154692

Sunday, April 12, 2009

KURSUS PENDEDAHAN AKTIVITI DI AIR 2008







Haa..dah 10 tahun tak buat, ni kira kali ke-2 pasukan buat untuk ahlinya.Dulu dah buat peringkat negeri, ahli tak dapat join aktiviti. Ni pasukan buat utk ahli sendiri , bio semua puas hati.maybe next year akan dibuat lagi n lebih hebat lagi. Kali ni cuma buat satu malam dari 13-14 Disember 2008 lepas..Aktiviti yang bertujuan beri pendedahan tentang aktiviti di air..Kita buat rakit, naik rakit n buat water confidence.Overall, saya sendiri rasa puas hati.dah lama tak berkubang..Aktiviti tersebut telah dijalankan di Kem Sri Gelam, Bukit Gambir, Muar Johor - bersebelahan dengan Pusat Serenti Bukit Gambir..Tempat sesuai tetapi macam terlalu terbuka pulak.Easily accessible from the main road, so expect some noise here lah..hahaha..


JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR







Pada jambori kali ni, ahli yang berkesempatan duk kat kontijen je..yang boleh full time pun jadi AJK di kontijen..yang separuh masa datang malam je pasal kerja pada siang hari..Kita buka ruang pameran Pasukan dengan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan n peralatan yang digunakan..Tahniah kat Kelana Johor lain yang bertugas sepanjang Jambori berlangsung..Nak komen lebih-lebih pun wat panas je.baik duk diam-diam je..

LAWATAN KERJA




Lawatan kerja?Latihan luar?Makan angin? Dah lama tak melawat kawasan Latihan Pasukan awal-awal dulu.. Sekarang makin ok dan maybe akan dibuat aktiviti di sini pada tahun 2009 ni..Kawasan Rekreasi Sungai sarang Buaya,bersempadan dengan daerah Batu Pahat dan Muar. Kitorang p sana pada 2 November 2008 lepas..Dah ada gerai makanan, pentas serbaguna, bilik air n padang permainan di samping kawasan perhimpunan yang berturap..smua dijemput datang tengok n bolehlah berehat-rehat di kawasan ni..

ZIARAH KEMATIAN




Pada 1 November 2008,MT pasukan menziarahi En.Suandi (Abang Wan), bekas jaga Kem Jubli Intan Tanjung Labuh kerana pemergian isterinya yang tercinta. Takziah kepada beliau dari pasukan atas kehilangan beliau dan keluarganya..Al-Fatihah..

UTHM Rovercamp 2008



Pasukan membantu jurulatih KLKM UTHM, En.Abdul Hadi bin Mohamed Zainal dan saya sendiri dalam perkhemahan Kelanasiswa Uthm di Hutan Botani Ayer Keroh Melaka pada 17 - 19 Oktober 2008. Berbagai aktiviti dijalankan dalam perkhemahan kali ni..


Wednesday, April 8, 2009

KUNJUNGAN HARI RAYA AIDILFIRI PKC 2008



Tahun ni pasukan dapat jalankan aktviti rutin semasa raya.


Dapat juga beraya ke rumah VIP Pengakap Johor dan seangkatan dengannya dalam tempoh beraya ni..check it out

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2008


Aktiviti ni dah lepas tapi ada bagusnya ditunjukkan.

Dijalankan pada 27 September 2009 di Pumpkin House Batu Pahat.

Ramai juga d kalangan ahli lama dan baru yang hadir termasuk penasihat pasukan.

Harapan agar tahun ini diadakan lagi seperti sebelum-sebelumnya..dan saya pun dapat hadir..he3!

SALAM 2009


Salam buat semua terutama ahli2 pasukan.

Selamat datang buat ahli-ahli baru 2009. Semoga kehadiran anda ke dalam pasukan dapat membantu anda menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya dan pasukan akan berkembang menjadi pasukan yang terbaik.

Maaf kerana lama tidak update disebabkan masalah dan kekangan peribadi.Alhamdulillah, sekarang dah lega sikit, jadi boleh la update sikit2 kalau ada masa.