KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, May 11, 2009

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PEMIMPIN

Kursus peringkat 3.1 akan diadakan pada 12-14.6.2009.
Kursus peringkat 3.2 pula pada 30.7 - 1.8.2009.
Lokasi di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh.
Kursus ditawarkan bagi unit PKK, PM dan PR.
Hubungi pasukan utk maklumat lanjut. emel ke radzi_mahbob@yahoo.com

Wednesday, May 6, 2009

AKTIVITI MEI 2009


Beberapa aktiviti dijangka akan dijalankan atau disertai oleh pasukan.Antaranya:

1. Perkhemahan Pengakap Muda & Remaja dirancang akan dijalankan pada 29 Mei-1 Jun 2009 (4 hari 3 malam)anjuran Pasukan Latihan Pengakap Zon Semerah dan PKC. Ahli terlibat secara langsung sebagai Urusetia, AJK Kerja, Jurulatih, Penilai dan Pengurusan Makanan.Hubungi En.Hanafi untuk maklumat lanjut.

2. Lawatan ke Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah.. Pasukan merancang akan melawat ke aktiviti tersebut selepas tamat PPMR di atas atau pada malam penutupan rasminya (1 hari / malam).Sekiranya berminat, hubungi pasukan untuk pengesahan penyertaan.

3. Latihan Memimpin - Pengurusan Menuju Ke Pengakap Raja.. Satu aktiviti akan dijalankan yang mana ahli pasukan akan didedahkan dengan pengurusan Pengakap Remaja ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja. Hubungi En.Hanafi untuk maklumat lanjut (2 hari 1 malam)..

4. Kursus Latihan Untuk Jurulatih Siri 02 Peringkat 01 (2 hari 1 malam / 3 hari 2 malam)dijangka diadakan dalam bulan Mei atau Jun disebabkan ahli yang berada di Universiti dijangka ada kerana bercuti. Sahkan penyertaan anda dengan En.Hanafi..

Sunday, May 3, 2009

KURSUS LATIHAN UNTUK BAKAL JURULATIH 01/2009






Pada 1-2 Mei 2009 yang lepas, pasukan telah mengadakan kursus latihan untuk bakal jurulatih bagi ahli pasukan yang bertujuan melatih ahli menjadi jurulatih kumpulan Pengakap dan juga aktiviti-aktiviti dalam zon Semerah.Seramai 15 pserta dan 8 jurulatih bersama-sama menjayakan kursus siri 01 ini.Kursus siri 02 mungkin akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini bagi memberi peluang kepada ahli yang tidak dapat hadir pada kursus siri 01 ini.