KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Sunday, September 27, 2009

YANG MENDERITA USAH DILUPA..

Sepertimana tahun-tahun yang lepas, ahli PKC merangkap ahli Briged Kebajikan Perdana Parlimen Seri Gading meneruskan khidmat bakti menyumbangkan tenaga dalam menjayakan majlis Sumbangan Raya kepada penduduk yang memerlukan di Felcra Seri Wangi, Parit Ya'ani pada 13 September 2009 yang lepas..Sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Seri Gading-YB Hj.Mohammad Aziz kepada warga yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri kali ini..Semoga sumbangan tersebut akan menceriakan dan menampung serba sedikit kekurangan yang dihadapi oleh warga terbabit..

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU













Dalam kedukaan, ada juga ahli pasukan yang bergembira di atas kehadiran ahli keluarga baru..En.Mohd.Khairul Azian Mahbob-MT, En.Hamizan Tokiman-MT dan En.Khairul Izwan Musa-MT masing-masing memperoleh cahaya mata baru dalam bulan September ini..Semoga kehadiran ahli baru dalam keluarga akan menyerikan dan membahagiakan lagi keluarga selain dilimpahi rezeki yang halal..Aminn..Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka..

PERGI TAK KEMBALI...


Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri ini, ada insan yang bersedih di atas pemergian ayahanda tercinta.. Takziah diucapkan kepada ahli pasukan - Cik Asnita binti Anis di atas kembalinya AYAHANDA tercinta - En.Anis bin Rahmat pada 23 September 2009 yang lepas ke Rahmatullah di atas keuzuran Allahyarham.. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Segala sumbangan boleh diserahkan terus kepada Cik Asnita melalui no.07-4345814.. Al-Fatihah..

SALAM AIDILFITRI 2009

Selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada semua.. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan mendatangkan keinsafan buat semua setelah sebulan kita mengerjakan puasa di bulan Ramadhan..Maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bersama dalam aktiviti dalam dan luar bidang Pengakapan..

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI LAHIR!!

Selamat hari lahir diucapkan kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan September ini..Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan dimakbulkan segala impian..Amin..
1. Pn.Suhaidah 3 September
2. En.Syamsul Qamar 5 September
3. Pn.Intan Malinie 10 September
4. En.Wirarinnata 17 September