KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010..


Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010..Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang menjayakan aktiviti Pasukan sepanjang tahun 2009 ini..Saya mewakili MT PKC mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dan diharapkan semoga dapat diteruskan dan ditingkatkan pada tahun akan datang..Maaf di atas segala kekurangan sepanjang berlangsungnya aktiviti tahun ini..

Tahun 2010 kita akan buat lebih baik lagi dan meningkatkan lagi usia pasukan ke tahun ke-13..Usia remaja ni..hehe!

Pengambilan ahli baru 2010 akan dijalankan seperti biasa..untuk mendapatkan borang penyertaan boleh mohon melalui emel- radzi_mahbob@yahoo.com atau berjumpa terus dengan ketua krew.

LAWATAN KERJA DAN XPDC PKC KE MELAKA




Aktiviti akhir tahun 2009 PKC telah dijalankan di Melaka dengan menjalankan xpdc, menjalani aktiviti Paintball dan melawat serta bermalam di kolam air panas Gadek..Harapannya agar ahli dapat meluaskan pandangan, meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan semangat berpasukan serta tabah menghadapi segala dugaan..Tahniah buat semua ahli yang telah menjayakannya..

PROGRAM BANTU TANI BKP DAN PKC DI SRI GADING


Ahli PKC yang juga ahli Sukarelawan JKM Parlimen Sri Gading telah sama-sama menjayakan perasmian program Bantu Tani O.K.U. yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hj Mohammad bin Hj.Aziz, Ahli Parlimen Parit Raja pada 20hb.Disember 2009 lepas..Semoga program ini dapat memberi faedah dan kesedaran kepada ahli supaya dapat terus berdikari dan berusaha sebaik mungkin walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan..Tahniah!!

Tuesday, December 29, 2009

Jamuan..


PKC dengan sukacitanya menerima jemputan jamuan dari Kelana D Temerloh sebelum meninggalkan bumi Johor pada 13 Disember 2009 lepas yang berlangsung di kediaman MT PKC- En.Hanafi Omar jam 5 petang hingga jam 7 malam..Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelana D Temerloh di atas jemputan tersebut..Bab makan memang kitorang laju..hahaha..

Sunday, December 20, 2009

PROGRAM RAS PARLIMEN PARIT SULONG


Program ini telah diadakan di Hentian Mahkota Parit Simin, Semerah, Batu Pahat, Johor pada 13 Disember 2009..MT PKC turut sama menjayakan aktiviti tersebut yang dirasmikan oleh Dato' Noraini Ahmad - Ahli Parlimen Parit Sulong yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kawasan Parlimen Parit Sulong..PKC juga mengalu-alukan ahli pasukan yang ingin menyertai / menjadi Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan menghubungi En.Hanafi untuk mengisi borang penyertaan..Insya-Allah kita akan menjalankan aktiviti RAS ini pada tahun hadapan bersama-sama..

PERKHEMAHAN MUHIBBAH PKC DAN KELANA 'D' TEMERLOH


Perkhemahan ini adalah lanjutan dari lawatan kerja Kelana Temerloh yang lepas dan pada kali ini Kelana Temerloh menjalankan Ekspedisi dari Temerloh Ke Batu Pahat untuk menyertai perkhemahan yang dijalankan pada 12 dan 13 Disember di Kem Rekreasi Pejabat Pertanian Sungai Sudah, Muar, Johor.Seramai 9 orang Kelana Temerloh menyertai bersama 21 ahli PKC dalam aktiviti ini. Berbagai sesi dan aktiviti dijalankan seperti aktiviti Radio Amatur, Membina Rakit dan mendayung, Sesi Ceramah Pengurusan Kelana, dan lain-lain..Semoga aktiviti ini akan memberi faedah kepada semua yang menyertai.Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakannya..Jumpa lagi tahun hadapan..

Tuesday, December 15, 2009

LAWATAN KERJA KELANA 'D' TEMERLOH


Pasukan dengan berbesar hati dan sukacitanya menerima kedatangan Krew Kelana 'D' Temerloh Pahang pada 4 dan 5 Disember lalu untuk Lawatan Kerja ke PKC..Lawatan yang bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran, menimba pengalaman baru dan pengetahuan di samping merapatkan silaturrahim antara ahli krew..Terima kasih daun keladi..kalau sudi datanglah lagi..

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Pasukan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Pasukan - En.Abd.Hadi Mohammed Zainal dan isteri di atas kelahiran putera sulungnya -Muhammad Adli Afi bin Abdul Hadi pada 3hb Disember yang lepas. Semoga bertambah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan ke akhir hayat kepada keluarga beliau..

Monday, December 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI...4..


Takziah diucapkan kepada ahli pasukan - Siti Noor Azilah (Ila) bt Hamsan di atas pemergian bonda tercinta pada 2hb Disember yang lepas..Semoga beliau tabah menghadapinya dan roh bondanya yang tercinta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat hari lahir diucapkan kepada ahli pasukan yang menyambut hari lahirnya pada bulan Disember ini..Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan..

1. En.Mohd.Radzi Mahbob (MT) 8hb

2. En.Hairul Zin Md.Amin (MT) 14hb

3. En.Hamizan Tokiman (MT) 16hb