KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, April 19, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA REMAJA ZON SEMERAH 2010


Program ini akan diadakan pada 30 April 2010 hingga 2 Mei 2010 di SMK Dato Onn, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor dengan sasaran peserta terdiri dari Pengakap Muda dan Remaja SMK DAto Onn dan SMK Semerah..Semoga program ini akan memberi faedah kepada semua.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PKT 1 2010


Kursus ini telah dihadiri oleh 7 orang ahli krew dalam unit PKK, PM dan PK..Diadakan di Kem Serkat, Pontian pada 9-11 April 2010 yang lepas.Tahniah kepada semua peserta dan ahli krew yang menyertainya.

Sunday, April 11, 2010

LATIHAN PENGAKAP RAJA PPM KAJANG


Latihan bagi memantapkan persediaan diri Calon Pengakap Raja PPM Kajang bagi tahun 2010 telah diadakan di SMK Jalan 3, Bangi pada 9-11.4.2010 .. Ahli MT PKC-En.Mohd.Radzi telah turut sama menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti tersebut yang disertai 30 peserta bakal Pengakap Raja dari beberapa Sekolah Menengah dalam Daerah Kajang..Semoga latihan tersebut dapat memberi keyakinan dan pedoman bagi calon yang bakal menduduki Ujian Pentarafan tidak lama lagi di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor.

MESYUARAT PEMIMPIN PPM DAERAH KAJANG


Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 1 April 2010 di PPD Hulu Langat bermula jam 3.00 petang dengan agenda membincangkan aktiviti Pengakap Daerah Kajang dan hal berkenaan pendaftaran keahlian tahun 2010..MT PKC-En.Mohd.Radzi sebagai pemimpin kumpulan ke-59 Kajang dan Pen.P/Jaya Kajang telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berakhir jam 5.00 petang..

Monday, April 5, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat Hari Lahir buat ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan April ini iaitu:

1. En.Ruzi (MT) 3hb

2. En.Izwan (S) 5hb

3. En.Adeazlizam (J) 11hb


Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan diperkenankan segala doa dan permintaan oleh Allah SWT..


Tidak lupa pada En.Mohammad Isa (J) yang telah menyambut hari lahirnya pada 31 Mac yang lepas..

Thursday, April 1, 2010

UJIAN KEAHLIAN PENGAKAP MUDA REMAJA SMK DATO ONN




Ujian tersebut telah diadakan pada 3.4.2010 di SMK Dato Onn, Batu Pahat,Johor bermula jam 0800H - 1400H.. Seramai 40 orang Pengakap Muda Remaja akan mengambil ujian tersebut.Ahli PKC yang berkelapangan telah menghadirkan diri ke aktiviti tersebut bagi membantu melancarkan ujian yang akan dijalankan kelak disamping menimba serta menambah pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu pengurusan aktiviti dan kepemimpinan..