KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Friday, May 28, 2010

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN


Salam semua, dijemput hadir memeriahkan majlis sebagaimana tertera..Muhammad Ainuddin (Adik En.Hadi) dan pasangannya..

Jom datang..

PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI PKC 1/2010

Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) PKC 1/2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Lokasi: Kem Rekreasi Pejabat Pertanian Sungai Sudah, Muar, Johor

Tarikh: 5 - 6 Jun 2010

Masa: 8.00 pagi (5 Jun 2010) - 3.00 petang (6 Jun 2010)

Sasaran peserta: Ahli-ahli kump B (junior) wajib hadir.

Tujuan penilaian diadakan: Menguji tahap kemahiran dan pengetahuan ahli supaya sentiasa di tahap tertinggi.

Topik yg dinilai: Mengikut skema pentarafan pengakap raja kecuali pengucapan awam & pengembaraan.

Ahli-ahli MT dan Senior akan bersama-sama menyelia dan membimbing ahli dalam aktiviti kali ini.

Sebarang pertanyaan dan kenyataan kehadiran, sila hubungi ketua krew - En.MK.Azian (012 7393341) atau En.Hanafi Omar (012 7154692)

Monday, May 24, 2010

PERKHEMAHAN PKK SK SUNGAI KAJANG 2010


Ahli PKC turut sama menjayakan aktiviti perkhemahan PKK SK Sungai Kajang pada 21-22 Mei 2010 yang lepas sebagai pemudahcara dan jurulatih ilmu hutan..Diharap ahli dan PKK mendapat pengalaman yang berharga sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.Tahniah dan terima kasih daun keladi..

Sunday, May 23, 2010

PERTANDINGAN BOWLING ANTARA SEMUA KREW KELANA 'C' ( LAUT) SEMERAH, BATU PAHAT BAGI TAHUN 2010

PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KREW KELANA 'C', AHLI KELUARGA KREW, DAN GURU-GURU PEMIMPIN PENGAKAP ZON SEMERAH

TARIKH : 12 JUN 2010...MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : PACIFIC BOWL, BP MALL

BAYARAN : RM 30.00 ( 3 GAMES + KASUT + TROFI@HAMPER + SIJIL + AIR MINERAL/ AIR TIN )

KATEGORI : INDIVIDU LELAKI & INDIVIDU WANITA

HADIAH : TEMPAT PERTAMA TROFI + HAMPER

TEMPAT KEDUA TROFI + HAMPER

TEMPAT KETIGA TROFI + HAMPER

PERTANDINGAN AKAN DIURUSKAN SEPENUHNYA OLEH EN. FAIZZI ( 012-7062317 )& EN.FATHURAHMAN ( 012-7207001 )

SILA NYATAKAN PENYERTAAN KEPADA NAMA DI ATAS BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN PERTANDINGAN.

TARIKH AKHIR PENGESAHAN PENYERTAAN ADALAH SEBELUM 1 JUN 2010 JAM 12.00 TENGAHARI.

UJIAN KEAHLIAN PENGAKAP MUDA REMAJA SMK SEMERAH 2010



Jutaan terima kasih kepada En. Hadi, En. Hanafi Omar, En. Faizzi, En. Azhar dan En. MK Azian kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Ujian Keahlian Pengakap SMK Semerah pada 22 Mei 2010 yang lepas dari jam 8.00 - 3.00 petang..Tahniah buat ahli yang berjaya..Aktiviti perkhemahan lanjutan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti.Harap ahli-ahli dapat bersedia untuk menjayakan aktiviti ini nanti.

KURSUS PENGURUSAN BENCANA JKM 2010


Kursus anjuran JKM Johor ini telah diadakan pada 14-16 Mei 2010 yang lepas dan disertai oleh En.Lukmannulhakim, En.Azwan E dan En.Hanafi J..Banyak input mengenai cara-serta prosedur menghadapi bencana telah diterangkan dan dipraktikkan dalam kursus ini..Tahniah kepada ahli yang menyertainya..

MAJLIS AKIKAH EN.RUZI DAN PN.NOOR SUHAIDAH


Majlis Akikah untuk cahayamata pertama pasangan tersebut telah diadakan di kediaman pasangan di Kg.Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dan dimeriahkan oleh ahli-ahli PKC yang berkesempatan hadir pada 8hb.Mei 2010 yang lepas..Semoga keluarga beliau akan terus diberkati Allah dan berbahagia ke akhir hayat..

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat hari lahir diucapkan kepada ahli-ahli pasukan yang menyambut hari lahirnya pada bulan Mei 2010 ini..Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan dan murah rezeki serta dapat memberikan khidmat terbaik kepada pasukan pada masa akan datang..

1. 18 Mei Zaini (I)

2. 20 Mei Hanafi Omar (MT)

3. 22 Mei Khalidah (I)

4. 23 Mei Eadly (MT)

5. 27 Mei Noor Azlyza (I)

Sunday, May 9, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA REMAJA ZON SEMERAH 2010


Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak pada 30 April-2 Mei 2010 yang lepas..Seramai 40 Pengakap SMK Dato Onn telah menyertai aktiviti ini yang menjanjikan banyak pengalaman dan pengetahuan baru sebagaimana yang dikehendaki dalam skim latihan Pengakap Muda dan Remaja..Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat telah bersama-sama dalam majlis penutupan rasmi perkhemahan tersebut..Tahniah kepada semua yang menjayakan terutamanya kepada ahli PKC yang bertungkus lumus memastikan kelancaran aktiviti tersebut selama 3 hari 2 malam..

Sunday, May 2, 2010

APA SALAH KAMI?

Saya sebagai pengurus bl0g ini memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kandungan laman blog ini menyinggung mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak.Ini adalah kelemahan pengurus blog ini, bukan pasukan secara keseluruhan kerana pengurus blog tidak lagi berada di kawasan liputan aktiviti pasukan dan hanya menerima berita untuk dimuatnaik ke blog ini..Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan ketidakpuasan hati ke radzi_mahbob @yahoo.com untuk tindakan selanjutnya..Kalau anda tidak berpaus hati kerana pasukan ini tidak MEMBANTU pihak pengakap sama ada dari peringkat akar umbi ke peringkat tinggi, sila nyatakan bukti sebelum kami mengemukakan bukti kami..Maaf dan terima kasih..

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA PKK ZON SEMERAH 2010











Aktiviti di atas telah berjaya dilangsungkan di SK Bagan, Batu Pahat, Johor pada 24 – 25 APRIL 2010 yang lepas..Pasukan turut sama membantu dalam menjalankan aktiviti serta menguruskan makanan dan minum peserta kali ini.majlis penutup telah dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor, Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat dan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat..Tahniah kepada semua yang terbabit.