KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, June 30, 2010

BOWLING PKC 2010





Bertempat di BP Mall, pertandingan di kalangan ahli dan keluarga PKC telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 12 Jun 2010 yang lepas..Tahniah kepada semua yang menjayakannya..

Friday, June 25, 2010

LAWATAN KERJA PKC KE KEM DESA EMBUN



MT PKC bersama dengan Tn.Abu Khan Misran, Penolong Pesuruhjaya Zon Semerah dan En.Azli Ahmad, Penasihat pasukan telah membuat lawatan kerja ke Kem Desa Embun, Seri Pengkalan, Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat Johor pada 7 Jun 2010 lepas dengan tujuan meninjau prasarana dan kemudahan yang ada untuk persediaan mengadakan aktiviti di kawasan tersebut sekiranya diperlukan kemudian..

PTK PKC SIRI 1/2010


Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 5-6 Jun 2010 di Kem Rekreasi Pejabat Pertanian Sungai Sudah Muar dengan bertujuan menguji dan mengulangkaji kemahiran ahli dalam ilmu Pengakap..Program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya walaupun penyertaan tidak mencapai sasaran disebabkan kekangan masa sebilangan ahli kerana terlibat dengan komitmen lain.

Monday, June 21, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 PM


En.Hanafi Omar dan En.Nor Faizzi Sulaiman telah menyertai kursus yang telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh pada 28-30 Mei 2010 yang lepas..Tahniah kepada mereka berdua dari pasukan dan semoga tercapai hasrat untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin dari kalangan ahli pasukan pada tahun ini.

SELAMAT HARI LAHIR


Selamat hari lahir buat ahli pasukan yang menyambut hari lahirnya pada bulan Jun 2010 ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan dimakbulkan segala doa..