KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Saturday, September 25, 2010

RUMAH TERBUKA PKC 2010


Aktiviti ini telah berlangsung pada 18.9.2010 di kediaman ahli pasukan-En.Azhar Othman di lorong Hj.Kahar, Peserai, Batu Pahat, Johor.Majlis telah berjalan dengan meriah dengan kehadiran warga PKC pada kali ini.Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana penganjuran majlis di kediaman beliau..

PKC BERAYA 2010 - bah.2




Krew ke rumah Tn.Hj.Ibrahim Junid dan Tn.Abu Khan Misran pada malam yang sama iaitu 17.9.2010..Terima kasih kerana menerima kehadiran kami..

PKC BERAYA 2010


Sasaran pertama Krew beraya pada tahun ini ialah kediaman penyokong pasukan-En.Ashar Ahmad pada 16 September 2010 di Taman Seri Mulia, Batu Pahat, Johor..Rumah terbuka yang dianjurkan oleh beliau dihadiri oleh krew pada jam 3 petang..Terima kasih kepada pihak tuan rumah di atas jemputan dan layanan yang diberikan.

Friday, September 17, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PKC 2010


Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 September 2010 (Sabtu)

Tempat: Kediaman En.Azhar bin Othman

Lorong Hj.Kahar, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Masa: 3.00-5.00 petang


Semua ahli krew, penyokong pasukan dan jemputan dipersilakan hadir..

SELAMAT HARI LAHIR!!

Pasukan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan September ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan dan diluaskan rezeki serta dikabulkan segala doa dan permintaan..Aminn..

1. Pn.Suhaidah bt Sulaiman (MT) 3hb.

2. Tn.Syamsul Qamar bin Mohd.Yusoff (MT) 5hb.

3. Pn.Intan Malinie bt Shamsuddin (MT) 10hb.

4. Tn.Wirarinnata bin Sadikan (MT) 17hb.

5. Mohammad Zikri bin Ajaj Ahmad (J) 24hb.

HARI MALAYSIA 2010


Selamat menyambut Hari Malaysia 2010 kepada semua warga PKC khasnya dan Pengakap amnya..Semoga bertambah semangat cintakan negara dalam diri ahli krew..16 September dalam ingatan kita semua..

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010


Selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli PKC khasnya dan Muslimin & Muslimat amnya..Semoga Ramadhan yang berlalu menambahkan ketakwaan dan sambutlah kemenangan kita di Syawal ini..

Monday, September 6, 2010

SALAM KEMERDEKAAN KE-53 MALAYSIA


Semoga negara kita bertambah makmur, aman dan sejahtera..Sama-samalah kita bersyukur, menghargai dan menjaga nikmat yang dilimpahi kepada kita di atas bumi bertuah ini..Satu Malaysia menjana transformasi, Satu PKC..