KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Saturday, December 25, 2010

XPDC AKHIR TAHUN PKC 2010


Xpdc dari Batu Pahat-Kluang-Segamat-Melaka-Batu Pahat telah selamat dijalankan pada 18-19 Disember 2010 yang lepas dengan dijayakan oleh warga PKC yang berkelapangan. Xpdc telah bermalam di Hutan Botani Ayer Keroh Melaka sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat pada 19.12.2010..Tahniah kepada semua warga PKC yang menjayakan xpdc ini.

BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL SUKARELAWAN


Bengkel ini telah disertai oleh MT PKC iaitu Tn.Abdul Hadi, Tuan Hanafi Omar dan Tn.Jasmi Hashim pada 17-18 Disember 2010 yang lepas bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang memberi pendedahan mengenai kemahiran sosial yang diperlukan oleh para sukarelawan masa kini..Turut menyertai adalah KLKM UTHM pimpinan Tn.Hadi dan Tn.Hanafi.

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah kepada pasukan di atas penambahan ahli keluarga baru pada 9 Disember 2010 yang lepas..Terima kasih dari keluarga kami atas berkat doa semua warga PKC, Nur Ezreen Raisya Binti Mohd.Radzi telah selamat dilahirkan jam 8.55 pagi di Hospital Kajang..

Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada semua warga PKC yang menyambut hari lahirnya pada bulan Disember ini..Semoga bertambah , diluaskan dan murahkan rezeki serta ditingkatkan keimanan kepada-Nya..

1. Tn.Mohd.Radzi (MT) 8hb

2. Tn.Hairul Zin (MT) 14hb

3. Tn.Hamizan (MT) 16hb

4. Mastura Mohd.Ayob (J) 19hb

SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH

Salam Maal Hijrah kepada semua warga PKC khasnya dan Umat Islam amnya. semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar baru dalam perjalanan hidup kita agar sentiasa dalam rahmatnya dan memberi seribu makna kepada kita sebagai hamba-Nya..Marilah berhijrah kepada yang lebih baik!!

PERGI TAK KEMBALI...5..

Takziah kepada Tuan Ahmansah Ahmad (MT) kerana pemergian bonda mertuanya pada jam 4.00 pagi 4.12.2010 yang lepas..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah..

Wednesday, December 1, 2010

LATIHAN DALAM KUMPULAN AKHIR TAHUN 2010



Aktiviti telah dijalankan sebagaimana yang dirancang sebelum ini iaitu pada 27-28 November 2010 di Kem Desa Embun, Parit Kuda, Batu Pahat Johor..Perancangan aktiviti / takwim pasukan untuk tahun 2011 serta penambahbaikkan untuk pasukan telah dirancang dalam aktiviti tersebut dan akan dijalankan pada tahun hadapan..macam biasa, ada meeting, adalah makan..