Tahniah diucapkan kepada ahli MT Tuan Ridzuan Jamil dan Pn Intan Malinie di atas kelahiran cahaya mata pertama pada 31 Mac 2012 yang lepas..Semoga bertambah kebahagiaan keluarga beliau..
Kenangan ini diimbau kembali oleh MT-Tn Hairulzin..Waktu itu PKC membantu dalam penerbitan Buletin Pengakap Negeri Johor tahun 2001..Pengalaman yang amat berharga kepada semua yang menjayakannya..sweet!
Terima Kasih kepada semua warga PKC khasnya dan warga Pengakap amnya yang telah memeriahkan majlis perkahwinan adik MT PKC-En Mohd Khairul Azian dan En Mohd Radzi pada 11 Mac 2012 yang lalu.
Ahli MT - Tn Ahmansah telah membuat lawatan ke pameran Sekrateriat Pengakap Udara Kebangsaan sempena Pesta Belon Udara Panas Putrajaya pada 18 Mac 2012 yang lepas.Semoga beroleh pengetahuan yang boleh dibawa kembali ke pasukan nanti.
Aktiviti telah dijalankan dengan jayanya pada Selasa, 13 Mac 2012 di Kem Desa Embun Seri Pengkalan, Batu Pahat..Semoga beroleh pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam aktiviti tersebut.
Ahli MT-En.Mohd.Radzi telah membuat lawatan kerja ke Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PLPM) pada 17 Februari 2012 lepas.Terima Kasih atas layanan yang telah pihak PLPM berikan.
Pengakap-pengakap yang dikasihi, ...."Selalu Sedia".. Dengan cara ini kita akan hidup dan mati dalam keadaan yang menggembirakan..Sentiasalah berpegang kepada Persetiaan Pengakap-walaupun setelah kamu bukan budak lagi - dan Tuhan akan menolong kamu berbuat demikian.. Sahabat kamu - Baden Powell of Gilwell..
Bayaran dalam RM50 untuk 2 hari 1 malam. Termasuk penginapan, makan dan pengangkutan (berkongsi).
Semua ahli dijemput menyertainya. Boleh juga membawa ahli baru untuk menyertainya.
Marilah kita beramai-ramai meluangkan masa untuk menyertai xtvt, bukan selalu pun setahun sekali je...bukan ape cume m'ingati dan mencipta sejarah sesame kita dalam pasukan ( cite 15thn pun kan hasil ) dlm tidak langsung dpt mengeratkan lagi persahabatan kita sesama ahli pasukan.
Ahli lama dan baru diingatkan supaya dapat menjelaskan yuran keahlian pasukan selewat-lewatnya 31 Januari 2012 untuk memudahkan pengurusan pasukan bagi menjalankan aktiviti pada tahun ini..Bagi ahli lama RM15 dan ahli baru RM20..Terima kasih atas kerjasama anda semua..