Kenangan ini diimbau kembali oleh MT-Tn Hairulzin..Waktu itu PKC membantu dalam penerbitan Buletin Pengakap Negeri Johor tahun 2001..Pengalaman yang amat berharga kepada semua yang menjayakannya..sweet!
Terima Kasih kepada semua warga PKC khasnya dan warga Pengakap amnya yang telah memeriahkan majlis perkahwinan adik MT PKC-En Mohd Khairul Azian dan En Mohd Radzi pada 11 Mac 2012 yang lalu.
Ahli MT - Tn Ahmansah telah membuat lawatan ke pameran Sekrateriat Pengakap Udara Kebangsaan sempena Pesta Belon Udara Panas Putrajaya pada 18 Mac 2012 yang lepas.Semoga beroleh pengetahuan yang boleh dibawa kembali ke pasukan nanti.
Aktiviti telah dijalankan dengan jayanya pada Selasa, 13 Mac 2012 di Kem Desa Embun Seri Pengkalan, Batu Pahat..Semoga beroleh pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang berguna dalam aktiviti tersebut.
Ahli MT-En.Mohd.Radzi telah membuat lawatan kerja ke Pusat Latihan Pengakap Malaysia (PLPM) pada 17 Februari 2012 lepas.Terima Kasih atas layanan yang telah pihak PLPM berikan.
Pengakap-pengakap yang dikasihi, ...."Selalu Sedia".. Dengan cara ini kita akan hidup dan mati dalam keadaan yang menggembirakan..Sentiasalah berpegang kepada Persetiaan Pengakap-walaupun setelah kamu bukan budak lagi - dan Tuhan akan menolong kamu berbuat demikian.. Sahabat kamu - Baden Powell of Gilwell..