KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, February 24, 2010

SALAM MAULIDURASUL

Selamat menyambut Maulidurasul - hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1431 Hijrah bersamaan 26 Februari 2010 Masihi..Semoga kita dapat mencontohi baginda dalam segala aspek kehidupan untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..
"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"

Monday, February 22, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PEMIMPIN 2010


Berikut adalah tarikh kursus yang akan dijalankan berdasarkan program PPM Kajang Selangor:

6 Mac 2010 Kursus Pengenalan Manikayu (PPM Selangor) di Kem Templer

26-28 Mac 2010 Kursus MK Muda Pkt 1 (SK) (PPM Selangor) di Kem Templer

23-25 April 2010 Kursus MK Kelana Pkt 1 (PPM Selangor) di Kem Templer

25-29 Jun 2010 Kursus MK Pkt 3-1 (P.Muda) (PPM Selangor) di Kem Templer

16-19 Julai 2010 Kursus MK Pkt 3-2 (P.Muda) (PPM Selangor) di Kem Templer

30 Julai - 1 Ogos 2010 Kursus MK Pkt 3-1 (P.Kelana) (PPM Selangor) di Kem Templer

1-4 Okt 2010 Kursus MK Pkt 3-2 (P.Kelana) (PPM Selangor) di Kem templer

Ahli krew yang berumur 25 tahun ke atas yang berminat, digalakkan menghadiri kursus tersebut untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan.

Sunday, February 21, 2010

SERTAI FACEBOOK PKC


Atas usaha En.Fathurahman Nasir, PKC kini mempunyai satu lagi media perhubungan iaitu melalui Facebook..sesiapa yang ingin turut serta, sudikanlah join..Semerah C Scout Team (PKC SEMERAH)

PERJUMPAAN BEKAS PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010


Perjumpaan yang dibuat di Sekolah Tinggi (High School) Kluang pada 20.2.2010 lepas dihadiri oleh MT Pasukan, En.Jasmi Hashim dan En.Hanafi Omar yang merupakan di antara Pengakap Raja Negeri Johor dalam pasukan..Tujuan perjumpaan adalah untuk menstruktur semula organisasi Pengakap Raja Negeri Johor dan En.Jasmi dilantik sebagai AJK Biro Istiadat dan Protokol..Tahniah diucapkan kepada beliau..Perjumpaan dimulakan jam 2.30 ptg dan berakhir jam 5.00 petang..

HARI BP-PENGASAS PENGAKAP DUNIA


Hari ini (22 Februari ) merupakan hari kelahiran BP-Pengasas Pengakap Dunia..Semoga kita dapat mengambil iktibar dan panduan yang berguna dari beliau berdasarkan riwayat hidupnya yang penuh dengan panduan dan sejarahnya..

NIKMAT DUNIA..


Lokasi terdapatnya nikmat dunia yang selalu dikunjungi dan dinikmati oleh ahli MT adalah di Kg.Asam Kumbang, Jln.Simpang Lima-Pt.Sulong, selepas Parit Rantau, sebelum Kg.Bt.Puteh..Kalau nak cube, datang lah ..kalau dari Spg.5, kedainya di sebelah kiri..Dari Pt.Sulong sebelah kanan..Boleh mengalas perut sambil meeting..hehe..Ni gambar sup yang telah dilicinkan oleh En.Hadi pada 3.2.2010 lepas..

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada ahli yang telah mendirikan rumah tangga baru-baru ini..Semoga bahagia berkekalan ke akhir hayat..Amin..

1. En.Ahmansah bin Ahmad (MT)

Dijemput semua ahli hadir ke majlis di rumahnya di Batu Pahat pada 27.2.2010 nanti..

2. En.Amir Mohammad bin Hj.Md.Khirom (14.2.2010)

Friday, February 19, 2010

BERAKHIRNYA ANNUAL CAMP PKC 2010









15.2.2010 merupakan hari terakhir Annual Camp PKC 2010..Seawal jam 8.00 pagi peserta perkhemahan sudah mengemas peralatan persendirian dan pasukan untuk meninggalkan kem..

Istiadat penutup dijalankan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan penutup oleh ketua krew- En.Mohd.Khairul Azian diikuti dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.

Setelah tamat istiadat, peserta menikmati jamuan sebelum mengambil gambar kenang-kenangan di pintu hadapan Hutan Botani Ayer Keroh..

Pergerakan pulang ke Batu Pahat pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan harapan agar semua pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh akan dimanfaatkan oleh ahli dalam kehidupan..
Terima kasih kepada semua peserta, AJK, penyumbang, individu dan jabatan yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung dan diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.

Thursday, February 18, 2010

PELANTIKAN AHLI BARU PKC 2010


Tahniah kepada ahli yang baru dilantik sebagai ahli PKC setelah dinilai pada tahun 2009 yang lepas..Acara pemurnian diri dijalankan sebelum pelantikan dibuat jam 3.15 pagi..Ahli yang dilantik adalah En.Khairul Nazmi, Cik Khalidah dan Cik Nurzettyqah...Kepada ahli yang belum dilantik, jangan berputus asa kerana masih ada peluang lagi untuk dinilai dan dilantik..

AKTIVITI MALAM KE-2 PKC ANNUAL CAMP


Malam ini aktiviti diteruskan dengan makan malam ala BBQ..Sesudah selesai mengalas perut, aktiviti seterusnya adalah Sesi Pengurusan Malam Pengakap yang mana ahli didedahkan tentang cara mengurus dan menjalankan Malam Pengakap..

LAWATAN KE ZOO MELAKA ANNUAL CAMP PKC 2010





Aktiviti lawatan telah dijalankan pada jam 3.00 petang 14.2.2010 ke Zoo Melaka..Pelbagai pengalaman menarik doperolehi di sana..Harapan agar ahli dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan di sana dan mengenali haiwan-haiwan dalam dan luar negeri serta dapat menghayati undang-undang Pengakap ke-6..Lawatan berakhir jam 5.00 petang..

Tuesday, February 16, 2010

MASA UNTUK REHAT..


Waktu tengah hari hari ke-2..setelah penat berjalan, balik ke kem dan berehat sebelum lawatan petang pula..Makan tengah hari, upload gambar dan solat zohor berjemaah di imamkan oleh Pen.Pesuruhjaya Zon Semerah - Tn.Abu Khan bin Misran yang bersama-sama untuk lawatan ke Zoo Melaka petang nanti..

LAWATAN HARI KE-2 ANNUAL CAMP PKC 2010


Gambar sewaktu aktiviti lawatan sekitar Hutan Botani Ayer Keroh pada sesi pagi..kegembiraan jelas terlihat di wajah ahli..

HARI KE-2 ANNUAL CAMP PKC 2010



Aktiviti hari ke-2 Annual Camp PKC 2010 dimulai dengan istiadat pagi serta taklimat aktiviti jam 7.30 pagi..Sebelum itu, masing2 bergaya dengan uniform dulu..hehe..Selesai istiadat, ahli membuat pengurusan dan pentadbiran kem sebelum membuat lawatan pagi ke sekitar Hutan Botani dan Kem PLKN Ayer Keroh jam 8.30 pagi.

SAMBUTAN HARI LAHIR FEBRUARI 2010



Pada malam 13.2.2010 juga diraikan ahli krew yang dilahirkan pada bulan Februari iaitu Cik Noor Azlynna, En.Farid, En.Khairul Nazmi dan En.Muhammad Yazid..Acara yang dijalankan dengan meriah diharapkan dapat merapatkan lagi Silaturrahim di kalangan ahli pasukan..Tahniah sekali lagi!!

PELANTIKAN AJK BARU PKC 2010


Pada malam 13.2.2010, dijalankan mesyurat bagi pelantikan AJK kerja PKC mulai tahun 2010..Tahniah diucapkan kepada AJK yang telah dilantik dan diharapkan dapat bekerjasama menjalankan tugas dengan cemerlang bagi mencapai objektif pasukan..

AKTIVITI MALAM PKC ANNUAL CAMP 2010



Setelah berpenat lelah dengan bermacam aktiviti pada siang harinya, waktu malam diisi dengan aktiviti minda bermula dengan solat Maghrib berjamaah, bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan sedikit tazkirah oleh ketua krew berdasarkan pesanan penasihat pasukan..moga mendapat pedoman hidup yang berguna untuk kehidupan ahli kelak..Makan malam pasukan menyusul kemudiannya dan dinikmati dengan penuh kesyukuran..Setelah menikmati makan malam, sesi diteruskan dengan penerangan ketua krew mengenai organisasi pasukan dan lencana kelana..

AKTIVITI RIADAH ANNUAL CAMP PKC 2010



Aktiviti riadah Annual Camp PKC 2010 pada petang 13.2.2010 adalah aktiviti mini futsal dan badminton..Aktiviti tersebut dijalankan jam 5.30petang dan berakhir pada jam 6.30 petang..Diharap ahli dapat terus aktif melakukan aktiviti bersukan untuk kesejahteraan dan kebaikan diri ahli di samping meningkatkan semangat berpasukan di kalangan ahli..

Saturday, February 13, 2010

TIBA DI KEM HUTAN BOTANI MELAKA




Peserta Perkhemahan tahunan PKC 2010 tiba di Kem Hutan Botani Ayer Keroh Melaka pada jam 2.45 petang, 13.2.2010..Setelah menunaikan solat Zohor, peserta mendirikan QM dan khemah penginapan..


Istiadat Bendera dan taklimat dari ketua perkhemahan dan Ketua Krew dijalankan jam 5 petang..

PAINTBALL ANNUAL CAMP PKC 2010


Acara paintball telah dijalankan di Flashpoint Paintball Park, Bukit Katil, Melaka jam 11.30 pagi pada 13hb.Februari 2010..Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan permainan dijalankan secara liga..Permainan yang mencabar ini diharap dapat meningkatkan semangat juang dan motivasi diri ahli-ahli dalam kehidupan seharian..Permainan ini ditamatkan pada jam 2.00 petang dengan penuh kegembiraan..Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakannya!!

PERKHEMAHAN TAHUNAN PKC 2010


PERJALANAN KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


Perjalanan ke perkhemahan tahunan PKC 2010 bermula jam 8.oo pagi 13hb.Januari 2010 setelah semua persiapan selesai..Semuanya selamat tiba di kawasan permainan paintball jam 11.00 pagi..

Thursday, February 11, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Februari ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan dan diluaskan rezeki dan sentiasa berbahagia ke akhir hayat..

1. Noor Azlynna (MT) 13hb

2. Ahmansah (MT) 14hb

3. Raja Nurashikin (S) 18hb

4. Muhd.Farid (I) 19hb

5. Mohamad Khairul Nazmi (J) 25hb

Wednesday, February 10, 2010

ANNUAL CAMP PKC 2010


Perkhemahan Tahunan PKC 2010 akan diadakan pada 13-15 Februari 2010 di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka..Aktiviti utama yang bakal dijalankan adalah permainan paintball dan lawatan ke zoo Melaka, serta aktiviti pasukan yang lain..

Yuran penyertaan bagi ahli adalah RM60 bagi ahli pasukan, RM70 bagi bukan ahli..

Pertanyaan & pengesahan hehadiran boleh dibuat kepada urusetia aktiviti - En.Nazmi (012 7211805) atau En.Azlan (013 7970725)


Perjalanan ke Ayer Keroh secara konvoi pada hari Sabtu, 13.2.2010.. Berkumpul di Balai Raya Simpang 3, Bagan pada jam 6.30 pagi..

KATA-KATA ALUAN KETUA KREW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam laporan tahunan Krew Kelana ‘C’ Batu Pahat bagi tahun 2009 ini.

Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam negara dan Pergerakan Pengakap juga tidak terkecuali membuat beberapa pembaharuan. Antaranya ialah sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian dan juga Skim Latihan Manikayu. Diharapkan agar perubahan yang dilakukan akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pengakap, bukan hanya kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Alhamdulillah, dalam kesibukan kita menjalani kehidupan peribadi masing-masing, kita masih dapat meluangkan masa bersama-sama dalam akitviti-aktiviti sepanjang tahun 2009. Pihak pengurusan Krew memahami bahawa ketidakhadiran ahli-ahli dalam aktiviti bukanlah disengajakan. Dengan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komitmen dalam bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang turut sama membantu menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2009 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga tahun 2010 akan menjadi satu lagi tahun yang cemerlang kepada PKC sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Sebelum mengundur diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan selama saya menjadi Ketua Krew PKC dan segala yang baik datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.


MOHD KHAIRUL AZIAN BIN MAHBOB
Ketua Krew Kelana ‘C’
*Petikan dari Laporan Tahunan PKC 2009*

UCAPAN PENASIHAT KREW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Pengakap ,Salam Satu Malaysia

Pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana masih diberi ruang dan peluang, memberi kata-kata dalam buku laporan tahunan ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur Ke Hadrat Allah keraha dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama meneruskan kesinambungan pengakapan khususnya di peringkat kumpulan kita ini. Sempena tamatnya tahun 2009 dan menjelangya 2010 marilah kita menerenung kembali kepada perkara dasar iaitu Persetiaan dan Undang-undang dalam perjalanan kehidupan seharian. Adakah kita secara individu atau berkumpulan telah dapat melaksanakan/mempraktikkan seperti yang disarankan oleh pergerakan kita? Adakah kita hanya melaksanakan sebagai lakonan ataupun sandiwara kehidupan semasa berpakaian seragam atau semasa beraktiviti pengakap sahaja?

Tahniah kepada semua warga PKC yang telah berjaya terlibat melaksanakan program-program pengakapan dan program khidmat masyarakat sama ada dilaksanakan bersama dengan Jabatan atau di peringkat kumpulan mahupun secara individu sama ada diatur, dirancang, dipanggil ataupun secara kebetulan.

Pekara-perkara berikut perlu dititikberatkan dalam kita merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kita untuk tahun-tahun mendatang supaya setiap yang kita lakukan dikira sebagai satu Ibadah oleh Allah kepada kita semua sama ada program/aktiviti berjaya ataupun gagal seperti berikut:
1. Niat betul dan bertepatan dengan Syariat.
2. Perkara yanag hendak dibuat dibenarkan atau nyata dihalalkan oleh Syariat.
3. Perlaksanaan perkara itu bersesuaian dengan kehendak Syariat
4. Natijah daripada pelaksanaan sesuai dengan Syariat
5. Tidak meninggalkan perkara asas Rukun Iman dan Rukun Islam.

Gagal atau berjaya aktiviti /program tidak menjadi pesoalan. Bila gagal kita bangun semula dan begitulah seterusnya. Kita mesti cuba baiki dan bereskan mana-mana yanag gagal. Kita mesti bersangka baik dengan Allah, yang mana barang kali kegagalan itu sengaja Allah hendak menguji kita, atau boleh jadi salah dari segi teknikal atau mungkin juga waktu kita menjalankan projek itu kita banyak lupa kepada Allah.

Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas ruang dan kesempatan yang di beri ini dan berharap PKC terus maju dalam segenap lapangan yang diceburi sebagai wadah muda remaja.

Biar renggang di fana dunia
Biar jarak memisahkan kita

Biar jurang pangkat kita
biar harta kita berbeza

Biar..... akal semakin berusia
Biar..... pendapat berbeda
Biar .... usia dimamah masa
JANGAN digadai silturahim antara
...... KITA.......

Sekian, terima kasih.

AZLI BIN AHMAD


Penasihat Krew Kelana ‘C’
*Ucapan beliau dalam laporan tahunan PKC 2009*

RANCANGAN AKTIVITI PKC 2010

PERANCANGAN 2010

Disenaraikan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2010 berdasarkan hasil mesyuarat pada 16 Januari 2010 lepas. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Januari
Mesyuarat MT PKC
Pendaftaran dan pengambilan ahli
Istiadat melantik

Februari
Sumbangan Tahun Baru Cina
Perkhemahan Tahunan
Mesyuarat Agung

Mac
Kursus Manikayu Pengenalan
Lencana Keahlian
1 lencana wajib

April
Pertandingan bowling Terbuka PKC/BKP

Mei
Liga Paintball PKC tertutup

Jun
Pertandingan badminton PKC

Julai
Konvoi berkereta-motor

Ogos
Lawatan kerja ke TLDM / APMM

September
Program rahmat Ramadhan
Majlis berbuka Puasa

Oktober
Rumah Terbuka Raya PKC

November
Kursus Kemahiran / Pengurusan

Disember
Hari Keluarga PKC

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PENGAKAP RAJA


Pasukan ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada calon Pengakap Raja PPM Batu Pahat Zon Semerah yang telah lulus pada Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor tahun 2009 lepas.

Calon yang telah berjaya adalah:

1. Asanudin bin Muhammad Dzulkarnain,

2. Abdul Razzak bin Hamzah,

3. Muhammad Saufi bin Othman, dan

4. Muhammad Isa bin Maarof.

Jutaan tahniah juga kepada ahli PKC dan PLD Zon yang telah bersama-sama berusaha tanpa jemu untuk membawa kejayaan kepada Pengakap Raja Zon Semerah terutamanya kepada En.Hanafi Omar- penyelaras calon Pengakap Raja Zon Semerah dan rakan-rakan..Teruskan usaha murni anda!!

PERHIMPUNAN SUKARELAWAN JKM NEGERI JOHOR 2010


Ahli PKC yang juga sukarelawan JKM Negeri Johor telah menyertai aktiviti di atas yang berlangsung pada 16-19 Januari 2010 lepas..Pelbagai program telah dijalankan dalam perhimpunan tersebut yang banyak memberi faedah serta pendedahan kepada ahli dalam bidang khidmat sukarela..Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli PKC yang menjayakan program ini..

Tuesday, February 9, 2010

PERGI TAK KEMBALI...


Ahli pasukan - En.Mohamad Isa bin Maarof telah kehilangan ayahanda tercinta pada 29hb.Januari 2010..Ahli pasukan yang berkesempatan telah menziarahi beliau bagi bersama-sama meringankan beban keluarga beliau..Al-Fatihah..

KEHILANGAN BESAR NEGERI JOHOR


Al-Fatihah buat Almarhum Baginda Sultan Johor yang telah mangkat meninggalkan seluruh rakyatnya pada 23hb.Januari 2010 lepas..Semoga roh baginda ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman..Warga PKC turut merasai pemergian Almarhum Baginda Sultan..

LAPORAN TAHUNAN PKC 2009

Laporan tahunan 2009 telah disediakan oleh ketua pasukan-En.Mohd.Khairul Azian Mahbob setelah bersidang dengan Ahli Majlis Tertinggi PKC dan dibentangkan pada Mesyuarat lepas..
Salinan laporan boleh diperoleh dengan menghantar permohonan secara emel ke mk_azian@yahoo.com.my atau radzi_mahbob@yahoo.com. terima kasih..

MAJLIS PENGANUGERAHAN MANIKAYU 2010


Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli yang telah dianugerahkan Manikayu Pengakap Negeri Johor dalam majlis yang telah disempurnakan di Universiti Teknologi Tun Husseion Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat Johor pada 17hb.Januari 2010 lalu..Penerima tersebut adalah En.Abdul Hadi bin Mohamed Zainal dan En.Mohd.Radzi bin Mahbob..Tahniah juga kepada semua penerima anugerah pada majlis tersebut dan diharapkan agar dapat menjadi motivasi untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai pemimpin Pengakap yang berjaya..
Petikan Utusan Malaysia Online..
SERAMAI 65 ahli pengakap pelbagai peringkat di negeri ini menerima anugerah manik kayu anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Johor baru-baru ini.
Dengan penganugerahan tersebut, para peserta kini diiktiraf sebagai pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dalam persatuan itu.
Majlis penganugerahan sijil kepada peserta yang diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A. Karim.

TAHNIAH!!


Pasukan mengucapkan tahniah kepada Pn.Suhaidah Sulaiman, Cik Noor Azlynna Jomaat dan Pn.Intan Malinie Shamsuddin di atas pelantikan menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) pasukan mulai tahun 2010 ini..Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih komitmen dan berdedikasi bagi menjayakan aktiviti pasukan..