KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, February 10, 2010

UCAPAN PENASIHAT KREW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Pengakap ,Salam Satu Malaysia

Pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana masih diberi ruang dan peluang, memberi kata-kata dalam buku laporan tahunan ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur Ke Hadrat Allah keraha dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama meneruskan kesinambungan pengakapan khususnya di peringkat kumpulan kita ini. Sempena tamatnya tahun 2009 dan menjelangya 2010 marilah kita menerenung kembali kepada perkara dasar iaitu Persetiaan dan Undang-undang dalam perjalanan kehidupan seharian. Adakah kita secara individu atau berkumpulan telah dapat melaksanakan/mempraktikkan seperti yang disarankan oleh pergerakan kita? Adakah kita hanya melaksanakan sebagai lakonan ataupun sandiwara kehidupan semasa berpakaian seragam atau semasa beraktiviti pengakap sahaja?

Tahniah kepada semua warga PKC yang telah berjaya terlibat melaksanakan program-program pengakapan dan program khidmat masyarakat sama ada dilaksanakan bersama dengan Jabatan atau di peringkat kumpulan mahupun secara individu sama ada diatur, dirancang, dipanggil ataupun secara kebetulan.

Pekara-perkara berikut perlu dititikberatkan dalam kita merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kita untuk tahun-tahun mendatang supaya setiap yang kita lakukan dikira sebagai satu Ibadah oleh Allah kepada kita semua sama ada program/aktiviti berjaya ataupun gagal seperti berikut:
1. Niat betul dan bertepatan dengan Syariat.
2. Perkara yanag hendak dibuat dibenarkan atau nyata dihalalkan oleh Syariat.
3. Perlaksanaan perkara itu bersesuaian dengan kehendak Syariat
4. Natijah daripada pelaksanaan sesuai dengan Syariat
5. Tidak meninggalkan perkara asas Rukun Iman dan Rukun Islam.

Gagal atau berjaya aktiviti /program tidak menjadi pesoalan. Bila gagal kita bangun semula dan begitulah seterusnya. Kita mesti cuba baiki dan bereskan mana-mana yanag gagal. Kita mesti bersangka baik dengan Allah, yang mana barang kali kegagalan itu sengaja Allah hendak menguji kita, atau boleh jadi salah dari segi teknikal atau mungkin juga waktu kita menjalankan projek itu kita banyak lupa kepada Allah.

Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas ruang dan kesempatan yang di beri ini dan berharap PKC terus maju dalam segenap lapangan yang diceburi sebagai wadah muda remaja.

Biar renggang di fana dunia
Biar jarak memisahkan kita

Biar jurang pangkat kita
biar harta kita berbeza

Biar..... akal semakin berusia
Biar..... pendapat berbeda
Biar .... usia dimamah masa
JANGAN digadai silturahim antara
...... KITA.......

Sekian, terima kasih.

AZLI BIN AHMAD


Penasihat Krew Kelana ‘C’
*Ucapan beliau dalam laporan tahunan PKC 2009*

No comments: