KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Sunday, August 30, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2009











Majlis ini telah dijalankan pada 28.8.2009 yang selepas majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan PKC pada jam 6.00 petang. Majlis dimulai dengan tahlil ringkas, diikuti dengan majlis jamuan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah..Terima kasih kepada En.Hanafi selaku tuan rumah pada majlis ini..

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PKC 2009






























Majlis telah dijalankan pada 29.8.2009 di kediaman En.Hanafi Omar, Setiausaha pasukan bermula jam 5.30 petang dengan memasang bendera pada kenderaan ahli pasukan.Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan dengan lebih meriah dan penuh makna pada masa-masa akan datang.

Sunday, August 23, 2009

MERDEKA!!

Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara kita yang ke-52..semoga bertambah lagi semangat cintakan negara dalam diri ahli..Kibarkanlah jalur gemilang dan bersyukurlah terhadap semua nikmat dan kejayaan yang telah dikecapi..

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan dan mengerjakan ibadah puasa kepada semua ahli pasukan..semoga beroleh keberkatan dan dapat menempuh semua cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran...Majlis berbuka puasa akan dijalankan dalam bulan ini..harap dapat menunggu berita selanjutnya..

Tuesday, August 18, 2009

BUKIT CERMIN 4TH DH CHALLENGE 2009

Ahli Pasukan- En.Mohd.Radzi (MT) telah menyertai perlumbaan basikal lasak turun bukit pada 9 Ogos yang lepas..Penyertaan memberikan banyak pengalaman yang bernilai buat ahli..Majulah sukan untuk negara dan bersukan untuk kesejahteraan diri..jom kayuh!!

Monday, August 17, 2009

PUTRAJAYA CRITICAL MASS JUNE 2009











Ahli MT pasukan telah menjayakan kayuhan malam Putrajaya pada 26 Jun 2009 yang lepas.Kayuhan yang bermula jam 10.00mlm dan berakhir jam 11.30 malam dijalankan dengan jayanya bersama ahli kelab basikal GEJA MATOBA..Kayuhan ini memberikan pengalaman yang baru buat ahli..

KEMPORI PENGAKAP KAJANG PERTAMA 2009







En.Mohd.Radzi (MT) telah bersama menjayakan Kempori Pengakap PPM Kajang Pertama tahun 2009 pada 17-19 Julai yang lepas sebagai jurulatih aktiviti..Seramai 265 peserta dari kalangan PKK,PM dan PR telah menyertai aktiviti julung kali ini..Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakannya..

PAHANG ROVERMOOT 2009











Ahli pasukan dan KLKM UTHM telah membuat lawatan ke aktiviti tersebut yang diadakan pada 24-27 Julai lepas..Lawatan selama sehari telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan baru bagi pasukan untuk dijadikan panduan menguruskan aktiviti pada masa akan datang..Ahli yang menjayakan lawatan adalah En.Abd.Hadi selaku MT dan Jurulatih KLKM UTHM, En.Hanafi Omar selaku MT PKC, En.Farid, En.Azhar, En.Lukmanulhakim, En.Adeazlizam dan adik Saufi..Tahniah diucapkan..

SELAMAT HARI LAHIR!!

Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan dimakbulkan segala doa dan impian bagi yang menyambut kelahiran dalam bulan Ogos ini..
En.Azhar Othman (I) 15 Ogos
En.Nor Hakim (MT) 23 Ogos
Cik Mulyani (B) 23 Ogos