KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Sunday, October 25, 2009

PERGI TAK KEMBALI...3..

Takziah diucapkan kepada keluarga En.Azhari di atas pemergian ayahandanya yang tercinta, En Abdul Aziz pada pagi 17.10.2009..Sebarang sumbangan untuk keluarga beliau boleh ditujukan pada beliau di nombor 012 7923896..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

OPEN HOUSE PKC 2009-pics



Rumah terbuka PKC yang diadakan di kediaman Tn.Hj.Md.Noh Hamim dilaksanakan dengan jayanya..Semoga dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan lebih meriah lagi..

Sunday, October 11, 2009

BARANG BAIK..


Ini ada barang baik punya..sesuai dijadikan cenderahati, koleksi barang unik dan lain-lain yang sewaktu dengannya..Hubungi En.Hadi di talian 012 7263425..

Saturday, October 10, 2009

OPEN HOUSE PKC 2009 - UPDATED

Tarikh: 11 Oktober 2009
Tempat: Kediaman Tn.Hj.Md.Noh bin Hj.Hamim, Pen.P/Jaya Negeri Johor,
144, Kg. Simpang Tiga, Bagan, Batu Pahat, Johor.
Masa: 2.00 - 5.00 petang

Pakaian: Baju Melayu lengkap kerana ada sesi bergambar dgn VIP laa..

Majlis akan disekalikan dengan majlis sambutan hari lahir anakanda ketua krew PKC..harap maklum..

Monday, October 5, 2009

OPEN HOUSE PPM 2009

Rumah terbuka Aidil Fitri PPM di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 10 Oktober 2009 dari jam 12 tengah hari hingga jam 5 petang. Semua dijemput hadir untuk memeriahkannya..mesej dari Tn.Hj.Yaacob Karim- Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor..Mana-mana ahli yang berkesempatan dipersilakan hadir..

Sunday, October 4, 2009

PERGI TAK KEMBALI...2..

En.Ruzi dan Pn.Suhaidah

En.Ridzuan dan Pn.Intan

Takziah diucapkan kepada En.Ruzi Jamil, Pn.Suhaidah Sulaiman, En. Ridzuan Jamil dan Pn.Intan Malinie Shamsudin - MT dan ahli keluarganya di atas pemergian ayahanda tercinta - Allahyarham En.Jamil bin Shariff pada 4 Oktober 2009 lepas..Semoga ditabahkan hati dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh..Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga Allahyarham melalui En.Ruzi di talian 012 7671942.. Tahlil arwah bermula malam tadi..Semua ahli dijemput hadir..Al-fatihah..

Sama-sama juga kita doakan agar ayahanda En.Ahmansah -MT iaitu En.Ahmad bin Nairat agar sembuh dari keuzurannya iaitu kebas sebelah badan pada 27 september 2009 lepas..

OPEN HOUSE PKC 2009

Sempena Sambutan Hari Raya ini, pasukan menjemput semua ahli dan pengakap untuk ke rumah terbuka PKC yang dijadualkan pada 11 Oktober 2009 di Balai Raya Kg.Simpang 3 Bagan, Batu Pahat, Johor pada jam 2 petang. Sumbangan RM10 seorang dikenakan dan diserahkan kepada AJK Majlis-En.Farid.hubungi beliau di talian 017 7991253 .Rewang pada 10.10.2009 di kediaman En.Hanafi..(belakang balai raya daa..)

Ahli-ahli yang telah membuat rumah terbuka:
1. En.Mohd.Nazri bin Md.Yusoff pada 3 Oktober 2009 di kediaman beliau di no 27, Jalan Purnama, Taman Cahaya Purnama, Simpang Lima, 83000 Batu Pahat, Johor..

2. En.Mohd.Fahmi bin Marhaban pada 2 Oktober 2009 di kediaman baru beliau di Jalan Muar-Yong Peng, Kolam Air, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor..

Tahniah dan terima kasih daun keladi kepada tuan rumah..lain tahun buat lagi ya..

ZIARAH LEBARAN 2009

Rumah terbuka cik Noor Azilah Hamsan

Marhaban Raya di kediaman Tn.Hj.Ibrahim Junid-mantan p/jaya negeri Johor

Rumah En.Azli Ahmad - Penasihat PKC
Kediaman Tn.Hj.Hamidon Harun- Mantan p/jaya Negeri Johor

Program ziarah kali ini seperti tahun yang sudah, ke rumah VIP pengakap Johor dan rumah terbuka ahli pasukan..