KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, July 26, 2010

LATIHAN MEMIMPIN PMPR SMK SERI MEDAN


Ahli PKC yang sedang menjalani latihan memimpin kumpulan PM/PR telah menjayakan perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja SMK Seri Medan 2010 pada 23-25 Julai 2010 yang lepas.. En.Abd.Hadi, En.Ruzi, En.Hanafi, En.Nor Faizzi dan En.Khairul Nazmi telah bersama-sama menjayakan aktiviti kumpulan tersebut yang bertujuan menguji kemahiran PM dan PR sebagaimana kehendak Skim Latihan PM/PR..Tahniah kepada ahli yang telah menjayakannya..

Sunday, July 25, 2010

KAYUHAN HUJUNG MINGGU PCP


Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 24 Julai 2010 yang lepas dengan jayanya.. Latihan kayuhan Dirt Jump dan Downhill Trail telah diadakan untuk mengasah kemahiran menunggang off-road..

PUTRAJAYA INTERPARK RIDE 2010







Acara berbasikal mengelilingi tasik putrajaya sempena Pesta Flora Putrajaya 2010 telah diadakan pada 18 Julai 2010..Acara yang menggabungkan aktiviti kecergasan fizikal, riadah dan menikmati pemandangan indah sekitar telah menarik sekitar 300 penunggang basikal untuk menyertai aktiviti tersebut..MT PKC- En.Radzi telah menyertai aktiviti tersebut yang berlangsung dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang..Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah bagi cabutan bertuah.

KIARA DH TRAINING RIDE


Latihan seterusnya telah dijalankan di Bukit Kiara pada 10 Julai 2010 yang lepas..Pelbagai kemahiran dan pengalaman telah diperolehi semasa latihan tersebut berlangsusng bersama ahli kelab basikal GEJA MATOBA..

video

LATIHAN BERBASIKAL TURUN BUKIT


Latihan telah dijalankan di Taman Cabaran Putrajaya pada 19 Jun 2010 lepas dengan disertai MT - En.Mohd.Radzi dan ahli kelab basikal GEJA MATOBA..Latihan dijalankan bermula jam 9.00 pagi - 1.00 petang..Berbagai kemahiran telah dipelajari dan diasah untuk persediaan perlumbaan akan datang.

Thursday, July 15, 2010

6th APR JOTA/JOTI 2010

Program di atas akan diadakan pada 7-8 Ogos 2010 di SMK Semerah/SK Peserian.. Semua warga PKC diharap dapat bersama-sama menjayakan aktiviti di atas yang mana kita menjadi tuan rumah bagi daerah Batu Pahat..maklumat lanjut boleh didapati di http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/
See you there!!

TAHNIAH!!!

Sebagai wakil pasukan, saya dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli PKC yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya sama ada IPTA, IPTS dan sewaktu dengannya..juga kepada ahli yang akan meneruskan pengajian dalam semester yang baru..tidak lupa juga kepada yang telah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing..juga kepada yang baru menceburkan diri dalam bidang pekerjaan...ingat, kejayaan tidak datang dengan mudah..banyak cabaran dan dugaan dalam menempuhi kehidupan ini..Hadapi dengan senyuman dan penuh kesabaran..We are the best!!

UNTUK MAKLUMAN AHLI

MAJLIS PESURUHJAYA DAERAH BATU PAHAT 2010/2011

Pesuruhjaya Daerah(DC) : Mohd Asik Saim (SMK Seri Gading) so_pasti_asyik@yahoo.com.my
PPD Latihan : YM Raja Iskandar Raja Ali (SMK Tinggi Batu Pahat )
PPD Program : En Kamar Azhar A b Karim (SMK Senggarang)
PPD Pentadbiran : Pn Rosmah Abdullah (SMK Dato' Syed Esa)
http://rosmah.blogspot.com/
PPD Pembangunan : En Azhan Sitam (SK Seri Ladang)
PPD Persaudaraan BP : Tn Hj Ali Markom
PPD Zon Pt Sulong : Tn Hj Musa Tugio (SK Tenaga Setia)
PPD Zon Rengit : Tn Hj Zulkifli Ahmad (SMK Permata Jaya)
PPD Zon Penggaram : En Mohd Ayub Jabar (SMK Dato' Bentara Luar)
PPD Pend. Khas : En Jasmin Kilion (SK Senggarang)
PPD Muda/Remaja : En Kamar Azhar Ab Karim (SMK Senggarang)
PPD Kelana/Bencana : En Zaid Masri Buhari
PPD Pusat Sumber&Galeri : En Mohd Ayub Jabar (SMK Dato Bentara Luar)
PPD Protokol&Istiadat : En Rahmad Abd Rahman (SK Parit Kemang)
PPD Sekolah Swasta : En Darren Kwei Pei Cheng
PPD Dokumentasi : En Mohd Sindi Sabilan
PPD Kuartermaster : En Basok Zulfadhli Mohd Nor (SK Koris)
PPD ICT : En Mohd Hairil Anuar Ismail (SK Seri Rengit)
PPD Radio Amatur&Pengakap Raja : En Liang Kee Phang(9W2BKP)

PPD Perhubungan : En Abd Hadi Bin Mohammed Zainal (UTHM)

PPD Zon Semerah : En Abu Khan Bin Misran (SK Seri Pengkalan)

PPD PKK/Kerohanian : En Hizam Bin Selamat (SK Bagan)

PPD Unit Laut : En Mohd Khairul Azian Bin Mahbob (SK Seri Padang Sari)
http://pkc-kelanasemerahbatupahatjohor.blogspot.com/
PPD Wanita : Pn Norhayati Binti Ahmad (SK Sungai Kajang)


* Tahniah kepada warga PKC yang terlibat secara langsung dalam PPM Batu Pahat..

WE ARE LEGIT!!

Kepada ahli pasukan yang masih ragu-ragu, kita adalah di antara pasukan kelana yang telah berdaftar dengan PPM melalui PPM Batu Pahat..

KELANA BERDAFTAR 2010
1. Kelana C - Semerah
2. Kelana A - Parit Raja
3. Kelana SM Tinggi BP
3. Kelana SMK Senggarang
4. Kelana SMK Dato' Bentara Luar
5. Kelana Parit Sulong

Sila rujuk http://bphtscout.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut..

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Julai ini..Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan terus menyokong pasukan untuk menjayakan aktivitinya..

Thursday, July 8, 2010

BADMINTON TERTUTUP PKC 2010



Bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli PKC. Aktiviti ini telah berlangsung pada Ahad, 04 Julai 2010, jam 8.30am di Dewan Mawar, Peserai. Yuran sebanyak RM15 seorang dikenakan untuk hadiah, makanan dan minuman. Pertandingan yang telah disertai 16 orang ahli telah berjaya dilaksnakan dengan jayanya..Tahniah kepada penganjur dan semua ahli yang menyertainya.

Tuesday, July 6, 2010

PIONEERING SKILLS CAMP 2010






Aktiviti telah dijalankan pada 26-27 Jun 2010 lepas dengan jayanya..Pelbagai ilmu perintis dan ilmu perkhemahan telah diulangkaji dan ditimba dalam program tersebut..Tahniah kepada semua peserta..

Sunday, July 4, 2010

PENGURUSAN PSC 2010 DAN LAWATAN KERJA


Ajk Pioneering Skills Camp 2010 telah membuat lawatan kerja ke kawasan kem pada 24 Jun 2010 yang lepas bagi melicinkan perjalanan aktiviti yang akan datang..Setelah selesai, AJK menjamu selera di Kedai Makan En.Musa iaitu ayah kepada ahli pasukan- En.Saifullah di Pt.Yusof, Muar di bawah tajaan En.Faizzi..Terima Kasih..

Thursday, July 1, 2010

LATIHAN SUKAN BADMINTON


Latihan badminton telah dijalankan pada 13 Jun 2010 lepas yang dilaksanakan di Dewan Mawar, Peserai dari jam 9-12 tengah hari..Latihan bertujuan menajamkan kemahiran serta menyahut seruan bersukan memandangkan pada ketika itu sedang berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Thomas..Pertandingan tertutup akan dijalankan pada bulan Julai ini..