KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Friday, December 20, 2013

ANNUAL LUNCH GATHERING 2014

Dijemput semua bersama-sama memeriahkan jamuan makan tengah hari.
22/12/2013
rumah en nizam, kg pt hj Ibrahim
makan 2:00 ptg
start hidupkan api 9:00pg
bagitau kwn2 lain. yg jd ahli ke, pernah jd ahli ke semua bole join.
donate sorang seploh, yg dtg dgn family limablas.. Ketua Krew

Tuesday, December 3, 2013

PENYELENGGARAAN BASIKAL

Antara sesi dalam Scout Cycling Jambree 2014 yang akan dianjurkan kelak..

http://www.wikihow.com/index.php?title=Maintain-a-Mountain-Bike&printable=yes

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Musim tengkujuh menjelang lagi. Beberapa negeri telah dilanda banjir. Oleh itu kita hendaklah bersedia menghadapinya dan bersedia juga membantu pihak yang memerlukan bantuan. Rujuk capaian di bawah untuk maklumat lanjut..
 http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2008/circularfile_file_000181.pdf
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/11499-persediaan-hadapi-banjir.html
http://www.water.gov.my/drainageflood-mainmenu-288/55?lang=my

Thursday, November 21, 2013

KUANTAN BEAT MY TIME DOWNHILL RACE 2013

Ahli MT- En Mohd Radzi telah menyertai perlumbaan basikal turun bukit (Downhill) pada 9-10 November 2013 yang lepas bertempat di trek Bukit Pelindung, Teluk Cempedak Kuantan telah disertai lebih 150 pelumba dari dalam dan luar negara.

CAMPING REDAHJE 2013

Aktiviti Camping Redah je 2013 akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ni- akhir November atau awal Disember 2013.
Tunggu makluman selanjutnya yang akan dinyatakan kelak setelah mencapai kata persetujuan ahli MT..
Tunggu..

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2013

Ahli MT- Tn Abd.Hadi telah menjayakan Jambori Antarabangsa Johor 2013 di Hutan Bandar Kulaijaya bermula 15 November 2013 dan berakhir pada 21 November 2013..

Friday, October 25, 2013

SAMBUTAN HARI PENGAKAP MALAYSIA SEDUNIA 2013 KE-105

Sambutan telah diadakan di Dataran Perbadanan Putrajaya pada 24 Ogos 2013 yang lepas.. Ahli MT - MOHD RADZI telah mengiring ahli PKK SK Saujana Impian 2 seramai 7 orang untuk menyertai acara tersebut..


Thursday, January 24, 2013

CAMPING REDAH JE..



Aktiviti telah dijalankan pada 15 Disember 2013 lepas..

WALIMATULURUS TUAN FARID BIN SHAHDAN

Sekalung tahniah kepada Tuan Farid kerana bakal mendirikan rumah tangga akhir 27 Januari 2013 ni..majlis di rumah pengantin perempuan di No 25D Kampung Batu Puteh,Simpang Lima 83200 Batu Pahat Johor..semua ahli dijemput untuk memeriahkan majlis dari jam 10pg - 5ptg..

Wednesday, January 23, 2013

KEAHLIAN 2013

Ahli-ahli pasukan diingatkan untuk memperbaharui keahlian 2013.
Keahlian terbuka kepada mereka yang berumur
1) 18-30 thn
2) 30 thn ke atas (ahli biasa)
 
Yuran keahlian tahunan
1) Ahli baru rm20 (pendaftaran, yuran kumpulan, tabung)
2) Ahli lama rm10
Tarikh tutup pendaftaran 31/1/2013
Peringatan dari ketua krew..

Tuesday, January 22, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua terutamanya ahli PKC sekalian semoga tahun ini dan seterusnya terus membawa kejayaan sama ada buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan pasukan khasnya..Maaf kiranya blog ni mengambil masa yang lama untuk dikemaskini tetapi memandangkan kekangan masa dan kelapangan admin, harap pembaca dan pengikut blog ini dapat memahaminya..Sekiranya ahli mempunyai sebarang makluman atau maklumat untuk dikongsi bersama, sila maklumkan admin untuk tindakan selanjutnya..emelkan kepada saya di radzi_mahbob@yahoo.com..jangan hantar spam dah laa..nak bagi duit boleh je..nanti saya bagi no akaun..hehe..pape pun boleh rujuk fb group..tqvm..