KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Saturday, December 25, 2010

XPDC AKHIR TAHUN PKC 2010


Xpdc dari Batu Pahat-Kluang-Segamat-Melaka-Batu Pahat telah selamat dijalankan pada 18-19 Disember 2010 yang lepas dengan dijayakan oleh warga PKC yang berkelapangan. Xpdc telah bermalam di Hutan Botani Ayer Keroh Melaka sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat pada 19.12.2010..Tahniah kepada semua warga PKC yang menjayakan xpdc ini.

BENGKEL KEMAHIRAN SOSIAL SUKARELAWAN


Bengkel ini telah disertai oleh MT PKC iaitu Tn.Abdul Hadi, Tuan Hanafi Omar dan Tn.Jasmi Hashim pada 17-18 Disember 2010 yang lepas bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang memberi pendedahan mengenai kemahiran sosial yang diperlukan oleh para sukarelawan masa kini..Turut menyertai adalah KLKM UTHM pimpinan Tn.Hadi dan Tn.Hanafi.

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah kepada pasukan di atas penambahan ahli keluarga baru pada 9 Disember 2010 yang lepas..Terima kasih dari keluarga kami atas berkat doa semua warga PKC, Nur Ezreen Raisya Binti Mohd.Radzi telah selamat dilahirkan jam 8.55 pagi di Hospital Kajang..

Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada semua warga PKC yang menyambut hari lahirnya pada bulan Disember ini..Semoga bertambah , diluaskan dan murahkan rezeki serta ditingkatkan keimanan kepada-Nya..

1. Tn.Mohd.Radzi (MT) 8hb

2. Tn.Hairul Zin (MT) 14hb

3. Tn.Hamizan (MT) 16hb

4. Mastura Mohd.Ayob (J) 19hb

SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH

Salam Maal Hijrah kepada semua warga PKC khasnya dan Umat Islam amnya. semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar baru dalam perjalanan hidup kita agar sentiasa dalam rahmatnya dan memberi seribu makna kepada kita sebagai hamba-Nya..Marilah berhijrah kepada yang lebih baik!!

PERGI TAK KEMBALI...5..

Takziah kepada Tuan Ahmansah Ahmad (MT) kerana pemergian bonda mertuanya pada jam 4.00 pagi 4.12.2010 yang lepas..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah..

Wednesday, December 1, 2010

LATIHAN DALAM KUMPULAN AKHIR TAHUN 2010



Aktiviti telah dijalankan sebagaimana yang dirancang sebelum ini iaitu pada 27-28 November 2010 di Kem Desa Embun, Parit Kuda, Batu Pahat Johor..Perancangan aktiviti / takwim pasukan untuk tahun 2011 serta penambahbaikkan untuk pasukan telah dirancang dalam aktiviti tersebut dan akan dijalankan pada tahun hadapan..macam biasa, ada meeting, adalah makan..

Thursday, November 25, 2010

LATIHAN DALAM KUMPULAN AKHIR TAHUN 2010




Program di atas akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 27-28 November 2010


Masa: 3.00 petang (27hb) - 12.00 tengah hari (28hb)


Tempat: Kem Desa Embun, Kg.Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor.


Bayaran: RM10.00 seorang


Tujuan: Membuat perancangan aktiviti tahun 2011, Latihan Dalam Kumpulan, memantapkan kemahiran & merapatkan silaturrahim antara ahli krew.


Sila bawa peralatan berkhemah untuk aktiviti kali ini.
Jangan lupa baju XTVT (Biru) serta pakaian lain yang secukupnya.

LATIHAN MEMIMPIN XTVT







Program tersebut telah dilaksanakan pada 12-13 November 2010 di Sekolah Agama Seri Laksana, Batu Pahat, Johor..Perkhemahan yang dilaksanakan adalah sebagai pendedahan kepada murid-murid sekolah tersebut dengan suasana luar rumah dan berjauhan dengan keluarga.Terima kasih kepada pihak pentabdiran sekolah di atas jemputan dan tahniah kepada ahli krew yang menjayakannya..Semoga xtvt ini dapat memberi faedah kepada semua pihak dan menberikan pengalaman yang berharga buat ahli krew..

Thursday, November 11, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!

Selamat hari lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan November ini..semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan sentiasa dirahmati-Nya..
1. Fathurahman Nasir (I) 8hb
2. Nur Ain Mohd.Aziz (I) 11hb
3. Tn.Mohd.Nazri Md.Yusof (MT) 23hb
4. Mohamad Noor Farhan Kadri (J) 25hb
5. Tn.Khairul Fazrin Abu Bakar (MT) 28hb

SELAMAT BERJUANG!!

Pasukan ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan STPM kepada ahli PKC khasnya dan Pengakap Kelana lain amnya yang akan mengambil peperiksaan tersebut dalam tempoh terdekat ini.Semoga ditenangkan hati, dimudahkan menjawab dan beroleh kejayaan kelak..

Friday, October 29, 2010

LATIHAN MEMIMPIN XTVT

Ahli yang berkelapangan dan meningkatkan kemahiran mengendalikan aktiviti luar, pihak Sekolah Agama Sri Laksana memerlukan bantuan bagi menyelaras xtvt bermlm di sekolah tersebut pada 12 Nov-13 Nov 2010.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan penglibatan boleh diajukan kepada Tn.Nizam - (016 741 6963)
*Mlm tu kita buat bbq*

KEMBARA PKC 2010


Aktiviti di atas dirancangkan pada 18 & 19 Disember 2010 ini.
* Perjalanan dari BP - Kluang - Segamat - Melaka - BP.
* Tempoh xtvt - 3H 2M
* Sasaran - Semua ahli PKC & Kelana
* Hubungi Ketua Krew atau En.Farid (017 7991253) , En.Faizzi (012 7062317) untuk pengesahan atau maklumat lanjut.

XTVT 24 JAM PKC 2010


Aktiviti sempena Cuti Deepavali akan datang ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tajuk: XTVT 24 jam PKC

Tarikh: 06 November bermula jam 1200 tghari berakhir 1200 07 November 2010

Lokasi: Prt Yusof, Muar ( kolam cikgu nuar)

Aktiviti: *Pembincangan xtvt bg thn 2011

*Post mortem xtvt sepanjang thn 2010...

*BBQ

*Jamuan

*Ramah mesra

***Aktiviti riadah -memancing....

Hubungi Tn.Nizam - (016 741 6963) atau ketua krew untuk maklumat lanjut..

Sunday, October 24, 2010

KURSUS MANIKAYU 3.2 PKK & PM











Tahniah kepada ahli yang telah menghadiri serta menjayakan kursus MK 3.2 PKK & PM di Kem Tanjung Labuh pada 22-24 Oktober 2010 lepas..Tahniah kepada Tn.MK.Azian, Tn.Hanafi dan Tn.NorFaizzi..

Tuesday, October 19, 2010

PERHIMPUNAN PENGAKAP KANAK-KANAK BATU PAHAT & WORLD JOTA 2010







Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 15-17 Oktober lepas di kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat dengan penyertaan seramai 200 peserta dari dalam daerah Batu Pahat.Krew telah bersama-sama menjayakan aktiviti dengan membantu pihak Zon Semerah dalam menguruskan subkem peserta. Tahniah kepada semua yang menjayakan..

Monday, October 18, 2010

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Pasukan ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Hairul Zin Md.Amin (MT) dan keluarga di atas kelahiran cahaya mata yang ke-2, Khairul Safuan bin Hairul Zin - pada 16 Oktober 2010 yang lepas..Semoga kedatangan ahli keluarga baru akan terus membahagiakan kehidupan keluarga beliau.

Sunday, October 17, 2010

KURSUS MANIKAYU 3.2 KELANA




Tahniah kepada Tn.Hadi, Tn.Jasmi dan Tn.Hanafi kerana telah menjalani kursus tersebut dengan jayanya pada 1-4 Oktober 2010 lepas..

Saturday, October 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat menyambut hari lahir kepada ahli krew yang menyambut hari lahirnya pada bulan Oktober ini.Semoga semua impian dimakbulkan Allah s.w.t..

Tuesday, October 5, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BKP/PKC 2010


Aktiviti yang diumumkan dijalankan mengikut perancangan dengan kehadiran ahli pasukan yang berkelapangan untuk memeriahkan majlis..Terima kasih kepada pihak BKP yang sudi menjemput Pasukan ke majlis tersebut.

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah kepada Tn.Khairul Fazrin (MT) dan pasangannya di atas kelahiran putera sulungnya pada 1.10.2010 lepas..Semoga bertambah kebahagiaan bagi keluarga beliau..Bertambah besar lagi keluarga PKC..

AHLI BERKURSUS


Tahniah kepada ahli Krew yang mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat 3.2 Pengakap Kelana sebagaimana yang dimaklumkan dalam Blog PLNJ ini..http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/2010/09/kursus-kepimpinan-mk-32-pk-ppm-selangor.html

Tarikh: 01-04 Oktober 2010
Tempat: Kem Rimba Templer, Rawang, Selangor
Ahli krew yang mengikuti kursus tersebut:
1. En.Abdul Hadi Mohammed Zainal
2. En.Jasmi Hashim
3. En.Hanafi Omar

Tuan Ketua Peseruhjaya Negeri Johor/Selangor membenarkan mereka hadir kursus tersebut.

Teruskan kegemilangan pasukan!!

Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BKP SRI GADING 2010


Majlis tersebut di atas bersama dengan majlis suaikenal Pegawai JKM baru sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 - Sabtu

Tempat: Pejabat UMNO Sri Gading, Pekan Parit Raja

Pakaian: Baju Raya

Semua ahli PKC/BKP dijemput hadir ke majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen-Dato Mohammad Aziz..

Saturday, September 25, 2010

RUMAH TERBUKA PKC 2010


Aktiviti ini telah berlangsung pada 18.9.2010 di kediaman ahli pasukan-En.Azhar Othman di lorong Hj.Kahar, Peserai, Batu Pahat, Johor.Majlis telah berjalan dengan meriah dengan kehadiran warga PKC pada kali ini.Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana penganjuran majlis di kediaman beliau..

PKC BERAYA 2010 - bah.2




Krew ke rumah Tn.Hj.Ibrahim Junid dan Tn.Abu Khan Misran pada malam yang sama iaitu 17.9.2010..Terima kasih kerana menerima kehadiran kami..

PKC BERAYA 2010


Sasaran pertama Krew beraya pada tahun ini ialah kediaman penyokong pasukan-En.Ashar Ahmad pada 16 September 2010 di Taman Seri Mulia, Batu Pahat, Johor..Rumah terbuka yang dianjurkan oleh beliau dihadiri oleh krew pada jam 3 petang..Terima kasih kepada pihak tuan rumah di atas jemputan dan layanan yang diberikan.

Friday, September 17, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PKC 2010


Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 September 2010 (Sabtu)

Tempat: Kediaman En.Azhar bin Othman

Lorong Hj.Kahar, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Masa: 3.00-5.00 petang


Semua ahli krew, penyokong pasukan dan jemputan dipersilakan hadir..

SELAMAT HARI LAHIR!!

Pasukan ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan September ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan dan diluaskan rezeki serta dikabulkan segala doa dan permintaan..Aminn..

1. Pn.Suhaidah bt Sulaiman (MT) 3hb.

2. Tn.Syamsul Qamar bin Mohd.Yusoff (MT) 5hb.

3. Pn.Intan Malinie bt Shamsuddin (MT) 10hb.

4. Tn.Wirarinnata bin Sadikan (MT) 17hb.

5. Mohammad Zikri bin Ajaj Ahmad (J) 24hb.

HARI MALAYSIA 2010


Selamat menyambut Hari Malaysia 2010 kepada semua warga PKC khasnya dan Pengakap amnya..Semoga bertambah semangat cintakan negara dalam diri ahli krew..16 September dalam ingatan kita semua..

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010


Selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli PKC khasnya dan Muslimin & Muslimat amnya..Semoga Ramadhan yang berlalu menambahkan ketakwaan dan sambutlah kemenangan kita di Syawal ini..

Monday, September 6, 2010

SALAM KEMERDEKAAN KE-53 MALAYSIA


Semoga negara kita bertambah makmur, aman dan sejahtera..Sama-samalah kita bersyukur, menghargai dan menjaga nikmat yang dilimpahi kepada kita di atas bumi bertuah ini..Satu Malaysia menjana transformasi, Satu PKC..

Monday, August 30, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2010


Majlis tersebut telah disempurnakan mengikut jadual di kediaman En.Mohd.Nizam Onn-MT PKC di Kg.Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat, Johor dengan meriahnya..Persiapan seawal jam 5.00 petang telah dibuat dan majlis berakhir jam 9.30 malam..Seramai 20 warga PKC telah bersama-sama dalam program kali ini.. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakannya.

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2010

Majlis tersebut dijangka akan diadakan di kediaman En.Nizam Onn di Kt Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat Johor pada 28 Ogos 2010 ini..
Majlis akan dimulakan jam 6 petang dan dijangka berakhir selepas solat Terawih, bergantung kepada keadaan..
Ahli-ahli digalakkan membawa makanan dan minuman tambahan atau menyumbang wang untuk menampung kos pengurusan majlis..
Semua dipersilakan hadir..

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ




Aktiviti tersebut berserta program memasak bubur lambuk Kelana Johor telah berjaya diadakan dan disertai oleh krew PKC di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor pada 21 Ogos 2010 yang lepas..Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakannya..

Friday, August 20, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Ogos ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan akan tercapai segala impian hidup.
1. Mohd.Azhar Othman (I) 15hb.
2. Nor Hakim Aman Nor (MT) 21hb.

Monday, August 16, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ


Aktiviti Tilawah dan Tadarus Al-Quran dan berbuka puasa peringkat negeri Johor akan diadakan pada 21 Ogos 2010 ini di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh bermula jam 11.00 pagi, dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk..Demikian yang telah dimaklumkan oleh En.Abdul Hadi - Pen.Pesuruhjaya Batu Pahat bahagian perhubungan..Maklumat lanjut boleh semak blog PLNJ dan Kelana Johor di bawah..Semua ahli Pengakap dan muslimin serta muslimat dijemput hadir..

Saturday, August 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini kepada semua muslimin dan muslimah, semoga bertamabah amalan baik kita dalam bulan yang mulia ini..kepada ahli pasukan khasnya dan Kelana amnya, berpuasa bukan penghalang kita berkhidmat kepada semua dan kita akan menjalankan aktiviti tradisi kita dalam bulan Ramadhan iaitu Bermalam Bulan Ramadhan sekiranya masa mengizinkan- yang merangkumi aktiviti berbuka puasa, bersolat tarawih berjemaah dan bersahur..semoga kita dapat bersama-sama mengikuti aktiviti tersebut yang dijangka diadakan pada minggu akhir puasa nanti..Insya Allah..

6th ASIA PACIFIC REGION JAMBOREE ON THE AIR 2010


Aktiviti ini telah diadakan di SMK Semerah pada 6-8 Ogos 2010 dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan yang mana seramai 400 orang ahli telah menyertainya..Tahniah buat penganjur dan pasukan yang telah menjayakan aktiviti ini secara langsung sebagai pengurus aktiviti dan pembekal makanan bagi 140 peserta yang berkhemah..Semoga kita akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam aktiviti yang akan datang..Tahniah sekali lagi!!

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 KELANA 2010


MT PKC - En.Hadi, En.Jasmi dan En.Hanafi telah mengikuti kursus yang telah diadakan di Kem Temasya Rimba templer, Rawang, Selangor pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 yang lepas.Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengikuti kursus tersebut dan semoga segala ilmu yang telah diperolehi dapat digunakan sebaiknya dalam memimpin kumpulan..

Monday, July 26, 2010

LATIHAN MEMIMPIN PMPR SMK SERI MEDAN


Ahli PKC yang sedang menjalani latihan memimpin kumpulan PM/PR telah menjayakan perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja SMK Seri Medan 2010 pada 23-25 Julai 2010 yang lepas.. En.Abd.Hadi, En.Ruzi, En.Hanafi, En.Nor Faizzi dan En.Khairul Nazmi telah bersama-sama menjayakan aktiviti kumpulan tersebut yang bertujuan menguji kemahiran PM dan PR sebagaimana kehendak Skim Latihan PM/PR..Tahniah kepada ahli yang telah menjayakannya..

Sunday, July 25, 2010

KAYUHAN HUJUNG MINGGU PCP


Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 24 Julai 2010 yang lepas dengan jayanya.. Latihan kayuhan Dirt Jump dan Downhill Trail telah diadakan untuk mengasah kemahiran menunggang off-road..

PUTRAJAYA INTERPARK RIDE 2010







Acara berbasikal mengelilingi tasik putrajaya sempena Pesta Flora Putrajaya 2010 telah diadakan pada 18 Julai 2010..Acara yang menggabungkan aktiviti kecergasan fizikal, riadah dan menikmati pemandangan indah sekitar telah menarik sekitar 300 penunggang basikal untuk menyertai aktiviti tersebut..MT PKC- En.Radzi telah menyertai aktiviti tersebut yang berlangsung dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang..Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah bagi cabutan bertuah.