KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Sunday, February 27, 2011

EXROM 2011


Pasukan mengucapkan tahniah kepada Tn.Hadi dan Tn.Hanafi serta En.Zikri kerana telah menyertai dan menjayakan Extreme Rover Moot yang telah diadakan di Kelantan pada 2-5hb Februari 2011 lepas. Semoga mendapat pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama dan digunapakai dalam pasukan nanti..

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Pasukan ingin mengucapkan tahniah kepada Tn Ahmansah dan isteri serta ahli keluarga atas kelahiran cahaya mata beliau yang pertama pada 28hb.Januari 2011 yang lepas..Puteri yang dinamakan Asyfaa Zahra telah selamat dilahirkan dan semoga bertambah kebahagiaan keluarga beliau..Tahniah sekali lagi!!

TAHUN BARU 2011, KITA TERUS MAJU


Semoga pada tahun baru 2011 ini, pasukan dan ahli akan terus beroleh kejayaan tidak kira bidang apa yang diceburi..Semangat terus membara dan bersedia berubah untuk kebaikan bersama..

Sunday, February 6, 2011

PERKHEMAHAN KLKM UTHM 2011


MT krew yang juga jurulatih KLKM UTHM iaitu Tn.Abdul Hadi dan Tn.Hanafi Omar, bersama ahli krew-Zikri telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Klkm UTHM di Kem Pejabat Pertanian Sg.Sudah, Muar, Johor pada 21-23 Januari 2011 lepas..Pemurnian dan lantikan Kelana telah dijalankan dalam aktiviti tersebut..Tahniah kepada Zikri di atas pelantikan beliau ke dalam Krew..