KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Saturday, March 27, 2010

PAMERAN HASIL SENI UKIRAN


Ahli MT PKC- En.Ridzuan sekali lagi menyertai pameran hasil ukiran untuk mempromosi hasil kerja tangan beliau.Kali ini di Great Eastern Mall, Ampang, Selangor.Di antara produk yang dipamerkan adalah alat muzik tradisional, tunggul kayu unik dan ukiran kayu.Pameran tersebut telah berlangsung pada 11-24 Mac 2010 dan dihadiri setiap golongan masyarakat..Dalam gambar-Azwan Ali bergambar dengan En.Ridzuan semasa mengunjungi pameran tersebut..Tahniah kepada beliau..

Thursday, March 25, 2010

MESYUARAT PEMIMPIN ZON SEMERAH PERTAMA 2010


Mesyuarat yang telah dijalankan pada 11.3.2010 di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bagan untuk membincangkan hal-hal pentadbiran dan aktiviti Kepengakapan Zon semerah Batu Pahat..MT PKC- En.Mohd.Khairul Azian, En.Hanafi Omar, bersama En.Faizzi dan En.Khairul Nazmi (AJK B) telah sama-sama menghadiri majlis tersebut untuk membincangkan aktiviti pertama zon Semerah iaitu Perkhemahan PKK yang akan dijalankan pada akhir bulan April 2010 nanti. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pen.Pesuruhjaya Zon Semerah- En.Abu Khan Misran itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat, En.Asik bin Saim.

EKSPO KRAFTANGAN MALAYSIA


MT PKC- En.Ridzuan Jamil telah menyertai ekspo tersebut yang berlangsung dari 24.2.2010 - 8.3.2010 di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur..Beliau telah mengadakan jualan hasil ukiran kraf kayu/hasil hutan beliau bersama-sama ramai pengusaha kraftangan Malaysia pada ekspo tersebut.Tahniah kepada beliau..Untuk maklumat lanjut, sila hubungi beliau di talian 012 7970037 untuk maklumat lanjut.

Monday, March 15, 2010

AHLI BERKURSUS


Pada 6.3.2010 yang lepas, seramai 5 orang ahli pasukan telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu 1 (Penerangan) di Kem Rimba Templer, Rawang Selangor.Tahniah kepada En.Hanafi Omar, Cik Azlynna, En.Farid, En.Lukman dan En Faizzi di atas penyertaan tersebut..Jutaan terima kasih kepada Peseruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Selangor di atas kebenaran beliau kepada pasukan untuk menyertai kursus tersebut..

TAHNIAH!!


Pasukan ingin mengucapkan tahniah kepada ahli pasukan yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009 yang diumumkan baru-baru ini..Tahniah kepada En.Hanafi J dan Cik Khalidah dan semoga kejayaan ini akan berterusan dalam kehidupan anda serta menjadi motivasi kepada ahli-ahli yang lain untuk terus berjaya..Tahniah!!

Tuesday, March 9, 2010

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah diucapkan kepada En.Ruzi dan Pn Suhaidah atas kelahiran cahaya mata pertama pada 4hb Mac 2010 yang lepas.. Puteri mereka yang dinamakan Nur Aina Batrisyia telah selamat dilahirkan jam 3.37 pagi hari tersebut..semoga dengan kelahiran ini akan bertambah lagi kebahagiaan keluarga beliau dan bertambah lagi ahli keluarga PKC yang baru..Tahniah sekali lagi..

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Mac ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan diluaskan rezeki untuk berbakti dalam kehidupan..


1. Nor Faizzi Sulaiman (I) 4hb


2. Mohd.Nazif Hamzah (I) 4hb


3. Jasmi Hashim (MT) 9hb


4. Lukmanulhakim (I) 29hb

Monday, March 1, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN..


Satu perjumpaan AJK pasukan telah dijalankan di Restoran RCL, berhampiran Masjid Jamek Kg.Peserai untuk membincangkan penstrukturan semula ahli pasukan untuk didaftarkan ke PPM..Di samping itu juga dapat la juga survey tempat untuk menjamu selera yang sesuai dijadikan port makan pada masa akan datang..Mesyuarat yang dijalankan pada 27.2.2010 jam 8.30 malam berakhir pada jam 10.00 malam..

MAJLIS PERKAHWINAN AHLI MT


Pasukan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputan ke majlis perkahwinan Tuan PTD kita-En.Ahmansah bin Ahmad pada 27.2.2010 yang lepas di kediaman beliau di Taman Bendahara, Peserai, Batu Pahat, Johor..Semoga beliau dan pasangannya berbahagia ke ahir hayat..Tahniah dan Terima Kasih!!

TAKLIMAT AJK KUMPULAN SMK DATO ONN DAN SMK SEMERAH


Satu perjumpaan telah diadakan di SMK Semerah pada 27.2.2010 jam 8.00pg - 1.00ptg yang bertujuan mempertemukan AJK Kumpulan SMK Semerah dan SMK Dato Onn serta membincangkan rancangan latihan Pengakap Muda dan Remaja ke Pengakap Raja. Pen.Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat yang juga Ketua Krew- En.Mohd.Khairul Azian dan En.Hanafi Omar - Penyelaras Latihan Pengakap Raja Zon Semerah telah menerangkan perkara-perkara yang diperlukan dalam proses ke Pengakap Raja di samping beberapa hal yang menjadi kemusykilan ahli Pengakap..Harapan agar perjumpaan ini dapat menjelaskan perkara-perkara yang menjadi keraguan ahli serta memberi semangat untuk mereka dalam mencapai Pengakap Raja.

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Pasukan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli pasukan - Raja Nurashikin binti Raja Daud di atas kejayaan beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang tercinta pada 21.2.2010 lepas..Majlis yang dilaksanakan dengan meriah di Kg.Pt.Hj.Salam telah dihadiri oleh ahli-ahli pasukan yang berkesempatan..Semoga beliau berbahagia ke akhir hayat bersama pasangan hidupnya..Tahniah!!

MESYUARAT POST MORTEM ANNUAL CAMP 2010


Mesyuarat telah dijalankan di kediaman En.Khairul Nazmi di Kg.Batu Puteh pada malam 20.2.2010 lepas untuk membincangkan kelemahan dan penambah-baikan yang perlu untuk menjadikan Perkhemahan Tahunan Pasukan pada masa akan datang lebih baik dan berkesan untuk ahli..Terima Kasih kepada semua yang menjayakannya terutama pihak tuan rumah kerana kebenaran dan kerjasama yang diberikan..