KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, March 1, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN..


Satu perjumpaan AJK pasukan telah dijalankan di Restoran RCL, berhampiran Masjid Jamek Kg.Peserai untuk membincangkan penstrukturan semula ahli pasukan untuk didaftarkan ke PPM..Di samping itu juga dapat la juga survey tempat untuk menjamu selera yang sesuai dijadikan port makan pada masa akan datang..Mesyuarat yang dijalankan pada 27.2.2010 jam 8.30 malam berakhir pada jam 10.00 malam..

MAJLIS PERKAHWINAN AHLI MT


Pasukan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputan ke majlis perkahwinan Tuan PTD kita-En.Ahmansah bin Ahmad pada 27.2.2010 yang lepas di kediaman beliau di Taman Bendahara, Peserai, Batu Pahat, Johor..Semoga beliau dan pasangannya berbahagia ke ahir hayat..Tahniah dan Terima Kasih!!

TAKLIMAT AJK KUMPULAN SMK DATO ONN DAN SMK SEMERAH


Satu perjumpaan telah diadakan di SMK Semerah pada 27.2.2010 jam 8.00pg - 1.00ptg yang bertujuan mempertemukan AJK Kumpulan SMK Semerah dan SMK Dato Onn serta membincangkan rancangan latihan Pengakap Muda dan Remaja ke Pengakap Raja. Pen.Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat yang juga Ketua Krew- En.Mohd.Khairul Azian dan En.Hanafi Omar - Penyelaras Latihan Pengakap Raja Zon Semerah telah menerangkan perkara-perkara yang diperlukan dalam proses ke Pengakap Raja di samping beberapa hal yang menjadi kemusykilan ahli Pengakap..Harapan agar perjumpaan ini dapat menjelaskan perkara-perkara yang menjadi keraguan ahli serta memberi semangat untuk mereka dalam mencapai Pengakap Raja.

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Pasukan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli pasukan - Raja Nurashikin binti Raja Daud di atas kejayaan beliau mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang tercinta pada 21.2.2010 lepas..Majlis yang dilaksanakan dengan meriah di Kg.Pt.Hj.Salam telah dihadiri oleh ahli-ahli pasukan yang berkesempatan..Semoga beliau berbahagia ke akhir hayat bersama pasangan hidupnya..Tahniah!!

MESYUARAT POST MORTEM ANNUAL CAMP 2010


Mesyuarat telah dijalankan di kediaman En.Khairul Nazmi di Kg.Batu Puteh pada malam 20.2.2010 lepas untuk membincangkan kelemahan dan penambah-baikan yang perlu untuk menjadikan Perkhemahan Tahunan Pasukan pada masa akan datang lebih baik dan berkesan untuk ahli..Terima Kasih kepada semua yang menjayakannya terutama pihak tuan rumah kerana kebenaran dan kerjasama yang diberikan..