KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Thursday, March 25, 2010

EKSPO KRAFTANGAN MALAYSIA


MT PKC- En.Ridzuan Jamil telah menyertai ekspo tersebut yang berlangsung dari 24.2.2010 - 8.3.2010 di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur..Beliau telah mengadakan jualan hasil ukiran kraf kayu/hasil hutan beliau bersama-sama ramai pengusaha kraftangan Malaysia pada ekspo tersebut.Tahniah kepada beliau..Untuk maklumat lanjut, sila hubungi beliau di talian 012 7970037 untuk maklumat lanjut.

Monday, March 15, 2010

AHLI BERKURSUS


Pada 6.3.2010 yang lepas, seramai 5 orang ahli pasukan telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu 1 (Penerangan) di Kem Rimba Templer, Rawang Selangor.Tahniah kepada En.Hanafi Omar, Cik Azlynna, En.Farid, En.Lukman dan En Faizzi di atas penyertaan tersebut..Jutaan terima kasih kepada Peseruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Selangor di atas kebenaran beliau kepada pasukan untuk menyertai kursus tersebut..

TAHNIAH!!


Pasukan ingin mengucapkan tahniah kepada ahli pasukan yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009 yang diumumkan baru-baru ini..Tahniah kepada En.Hanafi J dan Cik Khalidah dan semoga kejayaan ini akan berterusan dalam kehidupan anda serta menjadi motivasi kepada ahli-ahli yang lain untuk terus berjaya..Tahniah!!

Tuesday, March 9, 2010

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah diucapkan kepada En.Ruzi dan Pn Suhaidah atas kelahiran cahaya mata pertama pada 4hb Mac 2010 yang lepas.. Puteri mereka yang dinamakan Nur Aina Batrisyia telah selamat dilahirkan jam 3.37 pagi hari tersebut..semoga dengan kelahiran ini akan bertambah lagi kebahagiaan keluarga beliau dan bertambah lagi ahli keluarga PKC yang baru..Tahniah sekali lagi..

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Mac ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan diluaskan rezeki untuk berbakti dalam kehidupan..


1. Nor Faizzi Sulaiman (I) 4hb


2. Mohd.Nazif Hamzah (I) 4hb


3. Jasmi Hashim (MT) 9hb


4. Lukmanulhakim (I) 29hb