Kursus ini telah dihadiri oleh 7 orang ahli krew dalam unit PKK, PM dan PK..Diadakan di Kem Serkat, Pontian pada 9-11 April 2010 yang lepas.Tahniah kepada semua peserta dan ahli krew yang menyertainya.
Latihan bagi memantapkan persediaan diri Calon Pengakap Raja PPM Kajang bagi tahun 2010 telah diadakan di SMK Jalan 3, Bangi pada 9-11.4.2010 .. Ahli MT PKC-En.Mohd.Radzi telah turut sama menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti tersebut yang disertai 30 peserta bakal Pengakap Raja dari beberapa Sekolah Menengah dalam Daerah Kajang..Semoga latihan tersebut dapat memberi keyakinan dan pedoman bagi calon yang bakal menduduki Ujian Pentarafan tidak lama lagi di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 1 April 2010 di PPD Hulu Langat bermula jam 3.00 petang dengan agenda membincangkan aktiviti Pengakap Daerah Kajang dan hal berkenaan pendaftaran keahlian tahun 2010..MT PKC-En.Mohd.Radzi sebagai pemimpin kumpulan ke-59 Kajang dan Pen.P/Jaya Kajang telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berakhir jam 5.00 petang..
Ujian tersebut telah diadakan pada 3.4.2010 di SMK Dato Onn, Batu Pahat,Johor bermula jam 0800H - 1400H.. Seramai 40 orang Pengakap Muda Remaja akan mengambil ujian tersebut.Ahli PKC yang berkelapangan telah menghadirkan diri ke aktiviti tersebut bagi membantu melancarkan ujian yang akan dijalankan kelak disamping menimba serta menambah pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu pengurusan aktiviti dan kepemimpinan..