KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, April 22, 2009

UJIAN KEAHLIAN PENGAKAP MUDA REMAJA SMK SEMERAH


Ahli pasukan membantu Pn.Suhaidah Sulaiman, pemimpin Pengakap Muda Remaja SMK Semarah dan juga ahli Pasukan untuk menjalankan Ujian Lencana Keahlian bagi Pengakap Muda & Remaja SMK Semerah untuk tahun 2009 pada 4 April 2009 yang lepas. Aktiviti sehari ini disertai lebih kurang 60 peserta dan 10 ahli PKC sebagai pembantu penguji dan jurulatih.

PRA RAJA ZON SEMERAH 2009







En.Hanafi Omar sebagai jurulatih utama dengan dibantu oleh ahli pasukan yang lain menjalankan perkhemahan pra Raja zon semerah untuk bakal-bakal Pengakap Raja Zon semerah pada 7-9 Mac 2009 yang lepas. 4 orang bakal Pengakap Raja telah menjalani perkhemahan ujian pra Raja pada kali ini.Tuan Pesuruhjaya Daerah telah hadir memberikan tips-tips untuk ujian sebenar nanti dan memberikan semangat bagi bakal-bakal Pengakap Raja Zon Semerah tahun ini.

KURSUS KEPIMPINAN KETUA ENAM SEKAWAN ZON SEMERAH







Kursus yang diadakan di SK Seri Pengkalan pada 7 Mac 2009 lepas, pasukan membantu urusetia kursus dalam penyediaan makanan peserta seramai 90 orang. Tahniah kepada semua yan menjayakannnya.. Ahli pasukan juga membantu dan menjadi jurulatih dalam mengendalikan pengkalan dalam sesi kursus ini.

LATIHAN PENGAKAP RAJA


Ahli Pasukan iaitu En.Hanafi, En.Abd.Hadi, En.Faizzi, En.Fathurahman, En.Hanafi J telah bersama-sama membantu Pesuruhjaya Zon Semerah - En.Abu Khan Misran dalam menjalankan Pengembaraan Lencana Ekspedisi Pengakap Remaja serta latihan pada 8 Februari 2009. Seramai 4 orang bakal Pengakap Raja telah menjalani latihan untuk kali ini..

Tuesday, April 21, 2009

SRC 2009






Semerah Rover Camp (SRC) 2009 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24-26 Januari 2009 yang lepas di Kem Pejabat Pertanian Sungai Sudah, Muar, Johor..Seramai 60 peserta dari kalangan ahli kelana lama, baru, dan bakal kelana telah menyertainya..Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat iaitu Tuan Asik bin Saim. Aktiviti yang dijalankan termasuk aktiviti air, projek perintis, pertolongan cemas, pengembaraan ke kolam air panas Sungai Gersik dan latihan dalam kumpulan mengenai asas pengakap kelana..Perkhemahan ini bertujuan memberi pendedehan mengenai aktiviti pengakap kelana di samping beramah mesra di antara ahli lama dan baru..Tahun hadapan akan dijalankan lagi sempena Tahun Baru Cina seperti mana tahun-tahun yang lepas.Sedialah...