KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Sunday, August 30, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2009











Majlis ini telah dijalankan pada 28.8.2009 yang selepas majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan PKC pada jam 6.00 petang. Majlis dimulai dengan tahlil ringkas, diikuti dengan majlis jamuan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah..Terima kasih kepada En.Hanafi selaku tuan rumah pada majlis ini..

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PKC 2009






























Majlis telah dijalankan pada 29.8.2009 di kediaman En.Hanafi Omar, Setiausaha pasukan bermula jam 5.30 petang dengan memasang bendera pada kenderaan ahli pasukan.Semoga majlis seperti ini akan dapat dijalankan dengan lebih meriah dan penuh makna pada masa-masa akan datang.

Sunday, August 23, 2009

MERDEKA!!

Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara kita yang ke-52..semoga bertambah lagi semangat cintakan negara dalam diri ahli..Kibarkanlah jalur gemilang dan bersyukurlah terhadap semua nikmat dan kejayaan yang telah dikecapi..

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan dan mengerjakan ibadah puasa kepada semua ahli pasukan..semoga beroleh keberkatan dan dapat menempuh semua cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran...Majlis berbuka puasa akan dijalankan dalam bulan ini..harap dapat menunggu berita selanjutnya..

Tuesday, August 18, 2009

BUKIT CERMIN 4TH DH CHALLENGE 2009

Ahli Pasukan- En.Mohd.Radzi (MT) telah menyertai perlumbaan basikal lasak turun bukit pada 9 Ogos yang lepas..Penyertaan memberikan banyak pengalaman yang bernilai buat ahli..Majulah sukan untuk negara dan bersukan untuk kesejahteraan diri..jom kayuh!!