KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Tuesday, February 9, 2010

MESYUARAT MT PKC & BBQ


Majlis BBQ dan Mesyuarat MT PKC telah berlangsung di kediaman En.Hanafi Omar pada 16hb.Januari 2010 yang lepas..Mesyuarat membincangkan beberapa perkara berkenaan pasukan serta perancangan tahun 2010 ini..Semoga perbincangan ini dapat membawa kepada penambahbaikan pengurusan dan perjalanan pasukan.

SELAMAT PENGANTIN BARU...


Tahniah diucapkan kepada ahli MT PKC- En.Khairul Fazrin bin Abu Bakar kerana telah menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun 2009 lepas dan majlis persandingannya telah dilangsungkan pada 9hb.Januari 2010 yang lepas..Semoga kekal bahagia ke akhir hayat bersama pasangannya dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t..Welcome to the club!!

Monday, February 8, 2010

DH RIDE!!


Bersama-sama dengan geng kayuh GEJA MATOBA, ahli pasukan telah menyertai kayuhan turun bukit di Trek DH di Bukit Cermin, Putra Heights, Shah Alam, Selangor pada 9hb.Januari 2010 yang lepas..Kayuhan santai yang mencabar telah dilalui dengan jayanya dan cenderahati yang bermakna telah diperolehi sepanjang kayuhan ini berlangsung..Yeah!!

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Cahaya mata pertama Pn.Masrina bt.Md.Dan, ahli PKC telah selamat dilahirkan pada 3hb.Januari 2010 yang lepas..Putera beliau diberi nama Mohd.Noor Alif bin Noor Azhartelah dilahirkan pada jam 11.06 pagi..Semoga kehadiran putera beliau akan menambah lagi kebahagiaan keluarga beliau dan bertambah ke akhir hayat..Tahniah!

KHIDMAT BAKTI PROGRAM BANTU TANI OKU


Ahli pasukan yang juga Sukarelawan JKM Batu Pahat telah menjalankan program di atas bertempat di Sembrong pada 2 Januari 2010 yang lepas..Program lanjutan ini bertujuan membantu peserta OKU dalam menguruskan projek tanaman lada peserta berkenaan..Program awal yang sepatutnya dijalankan di Pt.Hj.Rais terpaksa ditunda dan ahli PKC serta Sukarelawan JKM tidak membuang masa lalu menjalankan program bantu tani ini yang berakhir pada pukul 1 petang..Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuang daun pokok lada yang layu, menambah baja serta menanam benih pokok baru..Pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh dalam aktiviti sebegini amatlah dihargai..Tahniah kepada semua ahli yang menjayakannya..