KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, July 26, 2010

LATIHAN MEMIMPIN PMPR SMK SERI MEDAN


Ahli PKC yang sedang menjalani latihan memimpin kumpulan PM/PR telah menjayakan perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja SMK Seri Medan 2010 pada 23-25 Julai 2010 yang lepas.. En.Abd.Hadi, En.Ruzi, En.Hanafi, En.Nor Faizzi dan En.Khairul Nazmi telah bersama-sama menjayakan aktiviti kumpulan tersebut yang bertujuan menguji kemahiran PM dan PR sebagaimana kehendak Skim Latihan PM/PR..Tahniah kepada ahli yang telah menjayakannya..

Sunday, July 25, 2010

KAYUHAN HUJUNG MINGGU PCP


Aktiviti tersebut telah dijalankan pada 24 Julai 2010 yang lepas dengan jayanya.. Latihan kayuhan Dirt Jump dan Downhill Trail telah diadakan untuk mengasah kemahiran menunggang off-road..

PUTRAJAYA INTERPARK RIDE 2010







Acara berbasikal mengelilingi tasik putrajaya sempena Pesta Flora Putrajaya 2010 telah diadakan pada 18 Julai 2010..Acara yang menggabungkan aktiviti kecergasan fizikal, riadah dan menikmati pemandangan indah sekitar telah menarik sekitar 300 penunggang basikal untuk menyertai aktiviti tersebut..MT PKC- En.Radzi telah menyertai aktiviti tersebut yang berlangsung dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang..Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah bagi cabutan bertuah.

KIARA DH TRAINING RIDE


Latihan seterusnya telah dijalankan di Bukit Kiara pada 10 Julai 2010 yang lepas..Pelbagai kemahiran dan pengalaman telah diperolehi semasa latihan tersebut berlangsusng bersama ahli kelab basikal GEJA MATOBA..

LATIHAN BERBASIKAL TURUN BUKIT


Latihan telah dijalankan di Taman Cabaran Putrajaya pada 19 Jun 2010 lepas dengan disertai MT - En.Mohd.Radzi dan ahli kelab basikal GEJA MATOBA..Latihan dijalankan bermula jam 9.00 pagi - 1.00 petang..Berbagai kemahiran telah dipelajari dan diasah untuk persediaan perlumbaan akan datang.