KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Tuesday, June 9, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA REMAJA ZON SEMERAH 2009


Aktiviti tersebut telah dijalankan dengan jayanya pada 29 Mei - 1 Jun 2009 yang lepas oleh pasukan dengan dibantu oleh KLKM UTHM.Seramai 53 Pengakap Muda dan Remaja dari SMK Dato Onn, SMK Semerah, SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Dato Bentara Luar telah menyertainya..Berbagai aktiviti dan ujian telah dijalankan berdasarkan skim latihan sepanjang program 4 hari 3 malam ini.

3 unit subkem iaitu Lencana Usaha, Lencana Maju dan Unit Remaja telah menempuh pelbagai cabaran termasuk Kembara, Aktiviti Air, Ikhtiar Hidup dan Halangan di samping pelbagai ujian secara teori dan praktikal.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakannya termasuk warga kerja, penyumbang-penyumbang dan peserta dalam aktiviti kali ini dan semoga berjumpa lagi pada masa hadapan.

Majlis penutupan rasmi telah dijalankan oleh Tn.Hj.Yaakob bin Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dengan diiringi En.Asik bin Saim,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat..Terima kasih atas kesudian hadir ke majlis kami.

2 comments:

Unknown said...

gambar pengakap kat zon semerah ada lagi x??

radius said...

Salam smua..pls email me 4 any comment or inquiries.thanx a lot..