KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Showing posts with label Pengumuman Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman Aktiviti. Show all posts

Monday, January 9, 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN PKC 2012

Cadangan aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh : 22-23 Jan 2012

Lokasi : Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor
Bayaran dalam RM50 untuk 2 hari 1 malam. Termasuk penginapan, makan dan pengangkutan (berkongsi).
Semua ahli dijemput menyertainya. Boleh juga membawa ahli baru untuk menyertainya.

Marilah kita beramai-ramai meluangkan masa untuk menyertai xtvt, bukan selalu pun setahun sekali je...bukan ape cume m'ingati dan mencipta sejarah sesame kita dalam pasukan ( cite 15thn pun kan hasil ) dlm tidak langsung dpt mengeratkan lagi persahabatan kita sesama ahli pasukan.

Thursday, August 11, 2011

MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ 2011




Semua ahli dijemput untuk menjayakan aktiviti ini.

Thursday, August 4, 2011

PROGRAM SETENGAH TAHUN KE 2 2011

Berikut adalah cadangan program bagi setengah tahun ke-2 tahun 2011. Sila hubungi ketua krew untuk maklumat lanjut di talian 012 7393341.
Ogos = kerja amal, buka puasa, malam lailatulqadar, sumbangan raya
September = pkc open house raya, sambutan bulan kemerdekaan
Oktober = xtvt bulanan krew, bulan sukan PKC
November = promo pengambilan baru, Jambori Malaysia Terengganu
Disember = perkhemahan pra kelana, mesyuarat akhir tahun

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2011



Majlis berbuka puasa pkc tahun ini dijangka akan diadakan pada:

Tarikh: 13 (Sabtu) Ogos 2011.

Tempat: kediaman Tn Nizam Onn (Kg Pt Hj Ibrahim)

Masa: 6.00 petang.


Harap semua ahli dan jemputan dapat hadir..


Thursday, June 9, 2011

PERBINCANGAN XTVT PERKHEMEHAN PKK,PM &PR ZON SEMERAH 2011

Assalamulaikum warga PKC,
Satu sidang pembincangan akan d'adakan sempena xtvt perkhemahan pkk,pm,pr

Lokasi : kediaman En.Nizam b. Onn - Kg.Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat, Johor

Masa : 8.00 malam

Tarikh : 11 Jun 2011- Sabtu

Yuran : tiada

Keperluan : cadangan or pendapat or bantahan or sumbangan

kehadiran terrrrramatlh d'alu-alukan.

Saturday, January 29, 2011

ANNUAL CAMP PKC 2011

Aktiviti tersebut dijadualkan pada 3 - 4 Januari 2011 (Khamis-Jumaat) di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor..Kos dijangka RM35.00 seorang termasuk makan & tempat tinggal..Harapan semoga semua ahli PKC dapat menjayakannya..Kelana luar juga dialu-alukan bersama-sama menyertainya..Hubungi Tn.Ruzi di talian 0127671942 untuk pengesahan & maklumat lanjut..

Thursday, November 25, 2010

LATIHAN DALAM KUMPULAN AKHIR TAHUN 2010




Program di atas akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 27-28 November 2010


Masa: 3.00 petang (27hb) - 12.00 tengah hari (28hb)


Tempat: Kem Desa Embun, Kg.Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor.


Bayaran: RM10.00 seorang


Tujuan: Membuat perancangan aktiviti tahun 2011, Latihan Dalam Kumpulan, memantapkan kemahiran & merapatkan silaturrahim antara ahli krew.


Sila bawa peralatan berkhemah untuk aktiviti kali ini.
Jangan lupa baju XTVT (Biru) serta pakaian lain yang secukupnya.

Friday, October 29, 2010

LATIHAN MEMIMPIN XTVT

Ahli yang berkelapangan dan meningkatkan kemahiran mengendalikan aktiviti luar, pihak Sekolah Agama Sri Laksana memerlukan bantuan bagi menyelaras xtvt bermlm di sekolah tersebut pada 12 Nov-13 Nov 2010.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan penglibatan boleh diajukan kepada Tn.Nizam - (016 741 6963)
*Mlm tu kita buat bbq*

KEMBARA PKC 2010


Aktiviti di atas dirancangkan pada 18 & 19 Disember 2010 ini.
* Perjalanan dari BP - Kluang - Segamat - Melaka - BP.
* Tempoh xtvt - 3H 2M
* Sasaran - Semua ahli PKC & Kelana
* Hubungi Ketua Krew atau En.Farid (017 7991253) , En.Faizzi (012 7062317) untuk pengesahan atau maklumat lanjut.

XTVT 24 JAM PKC 2010


Aktiviti sempena Cuti Deepavali akan datang ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tajuk: XTVT 24 jam PKC

Tarikh: 06 November bermula jam 1200 tghari berakhir 1200 07 November 2010

Lokasi: Prt Yusof, Muar ( kolam cikgu nuar)

Aktiviti: *Pembincangan xtvt bg thn 2011

*Post mortem xtvt sepanjang thn 2010...

*BBQ

*Jamuan

*Ramah mesra

***Aktiviti riadah -memancing....

Hubungi Tn.Nizam - (016 741 6963) atau ketua krew untuk maklumat lanjut..

Saturday, October 2, 2010

AHLI BERKURSUS


Tahniah kepada ahli Krew yang mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat 3.2 Pengakap Kelana sebagaimana yang dimaklumkan dalam Blog PLNJ ini..http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/2010/09/kursus-kepimpinan-mk-32-pk-ppm-selangor.html

Tarikh: 01-04 Oktober 2010
Tempat: Kem Rimba Templer, Rawang, Selangor
Ahli krew yang mengikuti kursus tersebut:
1. En.Abdul Hadi Mohammed Zainal
2. En.Jasmi Hashim
3. En.Hanafi Omar

Tuan Ketua Peseruhjaya Negeri Johor/Selangor membenarkan mereka hadir kursus tersebut.

Teruskan kegemilangan pasukan!!

Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BKP SRI GADING 2010


Majlis tersebut di atas bersama dengan majlis suaikenal Pegawai JKM baru sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 - Sabtu

Tempat: Pejabat UMNO Sri Gading, Pekan Parit Raja

Pakaian: Baju Raya

Semua ahli PKC/BKP dijemput hadir ke majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen-Dato Mohammad Aziz..

Friday, September 17, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PKC 2010


Aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 September 2010 (Sabtu)

Tempat: Kediaman En.Azhar bin Othman

Lorong Hj.Kahar, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Masa: 3.00-5.00 petang


Semua ahli krew, penyokong pasukan dan jemputan dipersilakan hadir..

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2010

Majlis tersebut dijangka akan diadakan di kediaman En.Nizam Onn di Kt Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat Johor pada 28 Ogos 2010 ini..
Majlis akan dimulakan jam 6 petang dan dijangka berakhir selepas solat Terawih, bergantung kepada keadaan..
Ahli-ahli digalakkan membawa makanan dan minuman tambahan atau menyumbang wang untuk menampung kos pengurusan majlis..
Semua dipersilakan hadir..

Monday, August 16, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ


Aktiviti Tilawah dan Tadarus Al-Quran dan berbuka puasa peringkat negeri Johor akan diadakan pada 21 Ogos 2010 ini di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh bermula jam 11.00 pagi, dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk..Demikian yang telah dimaklumkan oleh En.Abdul Hadi - Pen.Pesuruhjaya Batu Pahat bahagian perhubungan..Maklumat lanjut boleh semak blog PLNJ dan Kelana Johor di bawah..Semua ahli Pengakap dan muslimin serta muslimat dijemput hadir..

Thursday, July 15, 2010

6th APR JOTA/JOTI 2010

Program di atas akan diadakan pada 7-8 Ogos 2010 di SMK Semerah/SK Peserian.. Semua warga PKC diharap dapat bersama-sama menjayakan aktiviti di atas yang mana kita menjadi tuan rumah bagi daerah Batu Pahat..maklumat lanjut boleh didapati di http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/
See you there!!

Friday, May 28, 2010

PENILAIAN TAHAP KOMPETENSI PKC 1/2010

Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) PKC 1/2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Lokasi: Kem Rekreasi Pejabat Pertanian Sungai Sudah, Muar, Johor

Tarikh: 5 - 6 Jun 2010

Masa: 8.00 pagi (5 Jun 2010) - 3.00 petang (6 Jun 2010)

Sasaran peserta: Ahli-ahli kump B (junior) wajib hadir.

Tujuan penilaian diadakan: Menguji tahap kemahiran dan pengetahuan ahli supaya sentiasa di tahap tertinggi.

Topik yg dinilai: Mengikut skema pentarafan pengakap raja kecuali pengucapan awam & pengembaraan.

Ahli-ahli MT dan Senior akan bersama-sama menyelia dan membimbing ahli dalam aktiviti kali ini.

Sebarang pertanyaan dan kenyataan kehadiran, sila hubungi ketua krew - En.MK.Azian (012 7393341) atau En.Hanafi Omar (012 7154692)