KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Friday, August 20, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Ogos ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan akan tercapai segala impian hidup.
1. Mohd.Azhar Othman (I) 15hb.
2. Nor Hakim Aman Nor (MT) 21hb.

Monday, August 16, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ


Aktiviti Tilawah dan Tadarus Al-Quran dan berbuka puasa peringkat negeri Johor akan diadakan pada 21 Ogos 2010 ini di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh bermula jam 11.00 pagi, dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk..Demikian yang telah dimaklumkan oleh En.Abdul Hadi - Pen.Pesuruhjaya Batu Pahat bahagian perhubungan..Maklumat lanjut boleh semak blog PLNJ dan Kelana Johor di bawah..Semua ahli Pengakap dan muslimin serta muslimat dijemput hadir..

Saturday, August 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini kepada semua muslimin dan muslimah, semoga bertamabah amalan baik kita dalam bulan yang mulia ini..kepada ahli pasukan khasnya dan Kelana amnya, berpuasa bukan penghalang kita berkhidmat kepada semua dan kita akan menjalankan aktiviti tradisi kita dalam bulan Ramadhan iaitu Bermalam Bulan Ramadhan sekiranya masa mengizinkan- yang merangkumi aktiviti berbuka puasa, bersolat tarawih berjemaah dan bersahur..semoga kita dapat bersama-sama mengikuti aktiviti tersebut yang dijangka diadakan pada minggu akhir puasa nanti..Insya Allah..

6th ASIA PACIFIC REGION JAMBOREE ON THE AIR 2010


Aktiviti ini telah diadakan di SMK Semerah pada 6-8 Ogos 2010 dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan yang mana seramai 400 orang ahli telah menyertainya..Tahniah buat penganjur dan pasukan yang telah menjayakan aktiviti ini secara langsung sebagai pengurus aktiviti dan pembekal makanan bagi 140 peserta yang berkhemah..Semoga kita akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam aktiviti yang akan datang..Tahniah sekali lagi!!

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 KELANA 2010


MT PKC - En.Hadi, En.Jasmi dan En.Hanafi telah mengikuti kursus yang telah diadakan di Kem Temasya Rimba templer, Rawang, Selangor pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 yang lepas.Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengikuti kursus tersebut dan semoga segala ilmu yang telah diperolehi dapat digunakan sebaiknya dalam memimpin kumpulan..