KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Saturday, October 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Selamat menyambut hari lahir kepada ahli krew yang menyambut hari lahirnya pada bulan Oktober ini.Semoga semua impian dimakbulkan Allah s.w.t..

Tuesday, October 5, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BKP/PKC 2010


Aktiviti yang diumumkan dijalankan mengikut perancangan dengan kehadiran ahli pasukan yang berkelapangan untuk memeriahkan majlis..Terima kasih kepada pihak BKP yang sudi menjemput Pasukan ke majlis tersebut.

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU


Tahniah kepada Tn.Khairul Fazrin (MT) dan pasangannya di atas kelahiran putera sulungnya pada 1.10.2010 lepas..Semoga bertambah kebahagiaan bagi keluarga beliau..Bertambah besar lagi keluarga PKC..

AHLI BERKURSUS


Tahniah kepada ahli Krew yang mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat 3.2 Pengakap Kelana sebagaimana yang dimaklumkan dalam Blog PLNJ ini..http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/2010/09/kursus-kepimpinan-mk-32-pk-ppm-selangor.html

Tarikh: 01-04 Oktober 2010
Tempat: Kem Rimba Templer, Rawang, Selangor
Ahli krew yang mengikuti kursus tersebut:
1. En.Abdul Hadi Mohammed Zainal
2. En.Jasmi Hashim
3. En.Hanafi Omar

Tuan Ketua Peseruhjaya Negeri Johor/Selangor membenarkan mereka hadir kursus tersebut.

Teruskan kegemilangan pasukan!!

Friday, October 1, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BKP SRI GADING 2010


Majlis tersebut di atas bersama dengan majlis suaikenal Pegawai JKM baru sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2010 - Sabtu

Tempat: Pejabat UMNO Sri Gading, Pekan Parit Raja

Pakaian: Baju Raya

Semua ahli PKC/BKP dijemput hadir ke majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen-Dato Mohammad Aziz..