Semoga pada tahun baru 2011 ini, pasukan dan ahli akan terus beroleh kejayaan tidak kira bidang apa yang diceburi..Semangat terus membara dan bersedia berubah untuk kebaikan bersama..
MT krew yang juga jurulatih KLKM UTHM iaitu Tn.Abdul Hadi dan Tn.Hanafi Omar, bersama ahli krew-Zikri telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Klkm UTHM di Kem Pejabat Pertanian Sg.Sudah, Muar, Johor pada 21-23 Januari 2011 lepas..Pemurnian dan lantikan Kelana telah dijalankan dalam aktiviti tersebut..Tahniah kepada Zikri di atas pelantikan beliau ke dalam Krew..
Aktiviti tersebut dijadualkan pada 3 - 4 Januari 2011 (Khamis-Jumaat) di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor..Kos dijangka RM35.00 seorang termasuk makan & tempat tinggal..Harapan semoga semua ahli PKC dapat menjayakannya..Kelana luar juga dialu-alukan bersama-sama menyertainya..Hubungi Tn.Ruzi di talian 0127671942 untuk pengesahan & maklumat lanjut..
Bertempat di kediaman Tn.Khairul Fazrin (MT), MT dan ahli yang berkesempatan menjayakan jamuan akhir tahun 2010 secara BBQ..Jamuan yang disediakan secara gotong -royong dapat merapatkan silaturrahim antara krew dan perbincangan xtvt tahun 2011 juga dapat dijalankan semasa jamuan berlangsung.Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menyediakan lokasi BBQ dan mesyuarat kali ini.
Krew berkesempatan menziarahi mantan SC Johor-Tn.Hj.Hamidun Harun pada 25.12.2010 yang lepas setelah mendapat berita beliau uzur.Harapan dan doa dari kami agar diringankan keuzuran beliau dari Allah s.w.t dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..