KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Monday, August 30, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2010


Majlis tersebut telah disempurnakan mengikut jadual di kediaman En.Mohd.Nizam Onn-MT PKC di Kg.Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat, Johor dengan meriahnya..Persiapan seawal jam 5.00 petang telah dibuat dan majlis berakhir jam 9.30 malam..Seramai 20 warga PKC telah bersama-sama dalam program kali ini.. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakannya.

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PKC 2010

Majlis tersebut dijangka akan diadakan di kediaman En.Nizam Onn di Kt Pt.Hj.Ibrahim, Bagan, Batu Pahat Johor pada 28 Ogos 2010 ini..
Majlis akan dimulakan jam 6 petang dan dijangka berakhir selepas solat Terawih, bergantung kepada keadaan..
Ahli-ahli digalakkan membawa makanan dan minuman tambahan atau menyumbang wang untuk menampung kos pengurusan majlis..
Semua dipersilakan hadir..

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ




Aktiviti tersebut berserta program memasak bubur lambuk Kelana Johor telah berjaya diadakan dan disertai oleh krew PKC di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor pada 21 Ogos 2010 yang lepas..Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakannya..

Friday, August 20, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!


Pasukan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli yang menyambut hari lahirnya pada bulan Ogos ini.Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diluaskan rezeki dan akan tercapai segala impian hidup.
1. Mohd.Azhar Othman (I) 15hb.
2. Nor Hakim Aman Nor (MT) 21hb.

Monday, August 16, 2010

MAJLIS TILAWAH DAN TADARUS AL-QURAN PPMNJ


Aktiviti Tilawah dan Tadarus Al-Quran dan berbuka puasa peringkat negeri Johor akan diadakan pada 21 Ogos 2010 ini di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh bermula jam 11.00 pagi, dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk..Demikian yang telah dimaklumkan oleh En.Abdul Hadi - Pen.Pesuruhjaya Batu Pahat bahagian perhubungan..Maklumat lanjut boleh semak blog PLNJ dan Kelana Johor di bawah..Semua ahli Pengakap dan muslimin serta muslimat dijemput hadir..