KELANA SEMERAH BATU PAHAT JOHOR





Selamat datang ke blog kami..Bina Insan Melalui Pengakap..



Welcome to our blog..Developing Humanism through Scout

Thank you for visiting!!






Wednesday, February 10, 2010

KATA-KATA ALUAN KETUA KREW


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam laporan tahunan Krew Kelana ‘C’ Batu Pahat bagi tahun 2009 ini.

Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam negara dan Pergerakan Pengakap juga tidak terkecuali membuat beberapa pembaharuan. Antaranya ialah sistem pendaftaran keahlian secara dalam talian dan juga Skim Latihan Manikayu. Diharapkan agar perubahan yang dilakukan akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pengakap, bukan hanya kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Alhamdulillah, dalam kesibukan kita menjalani kehidupan peribadi masing-masing, kita masih dapat meluangkan masa bersama-sama dalam akitviti-aktiviti sepanjang tahun 2009. Pihak pengurusan Krew memahami bahawa ketidakhadiran ahli-ahli dalam aktiviti bukanlah disengajakan. Dengan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan komitmen dalam bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang turut sama membantu menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2009 sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga tahun 2010 akan menjadi satu lagi tahun yang cemerlang kepada PKC sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Sebelum mengundur diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan selama saya menjadi Ketua Krew PKC dan segala yang baik datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.


MOHD KHAIRUL AZIAN BIN MAHBOB
Ketua Krew Kelana ‘C’
*Petikan dari Laporan Tahunan PKC 2009*

No comments: